innity

pages

Saturday, November 12, 2016

[KDN TIADA BUKTI KUKUH] Polis pantau yayasan Soros sejak 10 tahun lepas, kata Nur Jazlan

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan kepada hartawan George Soros dipantau polis sejak 10 tahun lepas.
Menurut Bernama, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya menunggu bukti kukuh yang menunjukkan saluran dana langsung daripada yayasan itu digunakan untuk aktiviti yang mengancam negara.
“OSF ini memang menjalankan aktiviti lebih dari 10 tahun dan kerajaan memang memantau kegiatan mereka selama ini,” kata Nur Jazlan kepada pemberita di Johor Bahru semalam, lapor Bernama.
“Tetapi kita belum mendapat apa-apa bukti kukuh yang mengatakan bahawa badan bukan kerajaan di negara kita menjalankan aktiviti mengancam ketenteraman negara dengan saluran dana secara langsung daripada OSF.
“Perkara ini masih dalam siasatan,” katanya.
Menurutnya, modus operandi yang digunakan oleh NGO antarabangsa seperti ini adalah untuk menyalurkan dana kepada penganjuran aktiviti yang bersifat sosial.
“Secara zahirnya, mereka kononnya mahu melaksanakan aktiviti sosial dan memperjuangkan kesejahteraan alam sekitar tetapi jika kita dapati mereka berselindung di sebalik kegiatan ini kita akan ambil tindakan,” katanya.
Sebelum ini, polis dilaporkan menyiasat Badan Peguam Malaysia, Bersih 2.0 dan Malaysiakini kerana menerima dana daripada OSF.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan bagi “percubaan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com