innity

pages

Wednesday, November 23, 2016

[KAMI,CG SOKONG RUU355 TAPI TAK SOKONG NAJIB] RUU355, Zahid bagi Taklimat Tanda Kerjasama Pas-UMNO


Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi taklimat berkenaan usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 bagi pihak Datuk Seri Abdul Hadi dianggap seperti "ada udang di sebalik batu".
Perkembangan itu juga dilihat Anggota Parlimen (MP) Shah Alam Khalid Samad sebagai bukti wujudnya kerjasama antara PAS dengan Umno.
Katanya, sangat menghairankan apabila usul persendirian itu datang daripada Abdul Hadi (PAS-Marang) tetapi yang mengadakan majlis taklimat mengenainya - walaupun atas kapasiti peribadi - adalah Ahmad Zahid.
“Ia menunjukkan ada udang di sebalik batu, ada tanda tanya politik yang perlu kita baca dan faham sejak awal lagi… ia ada kepentingan politik,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Semalam Malaysiakini melaporkan Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri menghantar jemputan kepada anggota parlimen beragama Islam untuk menghadiri sesi perjumpaan dan taklimat berhubung usul dibawa Abdul Hadi.
Taklimat itu turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Selepas pertemuan itu Ahmad Zahid mengesahkan usul dibawa presiden PAS untuk meminda Akta 355 itu akan dibentangkan sama ada hari ini atau esok.
Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berakhir esok.
Khalid yang juga pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata perkembangan yang berlaku semalam adalah bukti wujud kerjasama erat antara pembawa usul itu (Abdul Hadi) dengan kerajaan.
"Kita hairan kerajaan bersetuju dengan usul itu. (Jika ia memang dipersetujui) kenapa kerajaan sendiri tak bawa? - MK

5 comments:

  1. TAK KESAH LAH APA PON, YG PENTING RUU335 DIBENTANG DAN DILULUSKAN, SOAL UMNO NAK TIPU KE TAK PE, JANJI RUU TU LULUS

    ReplyDelete
  2. Kerjasama utk martabatkan Islam tak salah sedikit pun bahkan baik. Yang anti Islam je bising.

    ReplyDelete
  3. Jgn jd bodoh sbb politik.. utamakn islam.. jgn nk cr salah org je.. muhasabah skit diri tu

    ReplyDelete
  4. Matlamat menghalalkan cara. Sama macam merompak untuk bina masjid

    ReplyDelete
  5. Sokong Admin!!! Sokong RUU!!! Tetapi kami tak sokong najib dan partinya!!!

    AYUH BERSATU SEMUA TUMBANGKAN PENYAMUN NAJIB DAN PENYAMUN2NYA!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com