Abdul Azeez ialah salah seorang daripada tiga penerima yang dianugerahkan darjah kebesaran tersebut yang membawa gelaran Datuk.

Dalam masa sama Abdul Azeez juga menzahirkan rasa terharu dengan pengurniaan tersebut memandangkan sebelum itu nama beliau tercatat sebagai penerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) sebelum ditukar kepada SJMK pada pagi tadi.

"Saya menjunjung kasih dan syukur atas pengurniaan ini. Anugerah ini menunjukkan kerajaan negeri mengiktiraf kerja-kerjanya terutama ketika pasca bah kuning dua tahun lalu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE