innity

pages

Thursday, November 10, 2016

[KALAU BENAR JUJUR] Peguam Tun Mahathir CABAR Ketua Pesuruhjaya SPRM SIASAT NAJIB semula


Peguam yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad, supaya membuka semula siasatan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
Mohd Haniff Khatri Abdulla juga mencabar Dzulkifli, yang baru sahaja melengkapkan perkhidmatan 100 hari sebagai ketua pesuruhjaya yang baru, untuk mendapatkan minta bantuan perundangan bersama (MLA) untuk menjalankan siasatan lanjut di luar negara.
Kalaulah anda (Dzulkifli ) dengan jujur dan ikhlas maksudkan segala ungkapan seperti dalam ucapan kamu, maka saya cabar anda memohon kepada Pejabat Peguam Negara supaya SPRM dibenarkan Peguam Negara untuk membuka semula keseluruhan siasatan terhadap Najib Razak berkaitan rasuah ataupun salahlaku kewangan mahupun salahlaku kuasa berhubung skandal 1MDB dan SRC.
“SPRM dibenarkan Peguam Negara untuk memohon Bantuan Guaman Bersama (Mutual Legal Assistance), daripada agensi siasatan Amerika Syarikat, iaitu DoJ, mahupun FBI,” katanya dalam posting di Facebook.

Haniff berkata tidak ada peruntukan dalam undang-undang yang boleh menghalang Peguam Negara daripada menghalang kes untuk dibuka semula.
Malah, katanya saman DOJ untuk tindakan kleptokrasi, Julai lalu, sudah mencukupi untuk membuka semula siasatan dan Pejabat Peguam Negara sebagai sebuah badan profesional dan bertanggungjawab sepatutnya berbuat demikian.
Katanya, tuntutan mahkamah oleh DOJ Amerika itu adalah sebab munasabah untuk membuka semula siasatan dan Pejabat Peguam Negara, sebagai sebuah institusi yang profesional dan bertanggungjawab, perlu berbuat demikian berdasarkan bukti baru.
Sebelum ini, SPRM ketika diterajui oleh Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah memohon sebanyak dua kali untuk mendapatkan MLA untuk menjalankan siasatan di luar negara tetapi kedua-duanya ditolak oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Akhirnya, kertas siasatan SPRM diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Disember.
Sebulan kemudian, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan dengan derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta dari SRC International, anak syarikat 1MDB yang berada dalam akaun bank peribadi perdana menteri. – MK

3 comments:

  1. Eeerrrghhhh....alhamdulillah.
    .dah kenyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shitttt..duk diam-diam..cendawa tu jgn kuat-kuat nanti org dengar..

      Delete
  2. Berani ke dia siasat? Cakap bukan main semangat..

    Jgn jadi munafik dah le..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com