innity

pages

Friday, November 11, 2016

[JUJUR LAH KAMU] 1MDB: Malaysia tolak permintaan AG Swiss untuk dapatkan MLA


SWITZERLAND, 11 Safar 1438H, Jumaat – Malaysia dilaporkan menolak permintaan Switzerland untuk mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dalam siasatan penyelewengan yang didakwa melibatkan 1MDB.
Peguam Negara (AG) Switzerland, Michael Lauber berkata, pihak mereka mendapat respons negatif daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan mereka tidak akan membalas permintaan Switzerland.
“Mereka hanya berkata bahawa di bawah undang-undang mereka, mereka tidak boleh menjawab,” kata beliau dalam temubual Financial Times UK yang disiarkan hari ini.
Financial Times memetik pejabat peguam negara sebagai berkata, peguam negara berpendapat bahawa permintaan ini boleh menimbulkan prejudis berlaku perkara jenayah di Malaysia dan menambah, tiada isu Malaysia menyekat siasatan jenayah Swiss.
Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa pejabatnya menerima permintaan daripada pejabat peguam negara Switzerland untuk mendapatkan MLA.
Ini adalah permintaan MLA kedua oleh AG Switzerland daripada Malaysia, selepas pejabat peguam negara mendakwa ia tidak menerima permohonan pertama.
Sementara itu, siasatan mengenai syarikat pelaburan 1MDB yang dibebani hutang dan dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang dijalankan di beberapa buah negara di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.
Bagaimanapun, Apandi telah membersihkan nama Najib daripada sebarang salah laku. - ismaweb

3 comments:

  1. Nescaya..bencana dan malapetaka ros jib bn umno

    Keris pahang

    ReplyDelete
  2. Mana tau petaka..semua kerja Allah..

    ReplyDelete
  3. PM crooked, AG crooked, IGP crooked. Kesimpulannya, pada PRU 14 nanti, kita pastikan kejatuhan semua crook-crook ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com