innity

pages

Monday, November 14, 2016

JAWAPAN kepada Khairy, Menteri KBS yang pelik Tun M pakai Lencana "Free Anwar"


Salahkah bila Tun Mahathir Mohamad memakai lencana "Free Anwar Now"  pada bajunya?

Salahkah juga apabila Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir memegang plakad yang tertulis "Free Anwar"?

Sejak petang semalam terlihat meriah sungguh serangan dan persendaan terhadap tindakan Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz itu sambil mereka turut dilabel dengan bermacam-macam tanggapan seolah-olah telah melakukan dosa yang sangat besar.
Apakah tindakan mereka itu suatu dosa dan melambangkan sikap hipokrasi dalam perjuangan?

Jika diperhalusi, tiada apa-apa yang salah sebenarnya. Tun Mahathir dengan Anwar sudah pun berbaik, bertemu dan bersalam antara satu sama lain. Begitu juga dengan Muhyiddin.

Mereka juga sudah sepakat dalam beberapa perkara dan bersetuju dengan hakikat perlunya Najib Razak disingkirkan atas kesalahan yang dilakukannya yang bukan saja merosakkan negara, malah menjadi perbualan di seluruh dunia.

Maka, setelah sealiran begitu, apakah salahnya lagi jika mereka mahu Anwar dibebaskan dalam penjara?

Untuk makluman, Anwar dipenjara sekarang bukan kerana Tun Mahathir, sebaliknya berlaku di era Najib di mana Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat itu didapati telah pun bertemu Najib dua hari sebelum membuat laporan polisnya.

Sama ada Anwar benar-benar melakukan seperti apa yang didakwa Saiful, biarlah Tuhan yang menentukannya. Bukan kerja kita menentukannya.

Tetapi, dalam proses mahkamah, keadilan adalah penting. Sebab itu, dalam kes bunuh atau rasuah misalnya, banyak yang akhirnya didapati tidak bersalah kerana wujudnya beberapa kecurigaan berkaitan kejadian dan bukannya kerana tidak melakukan kesalahan. 

Itulah keadilan dalam mahkamah dan ia diakui di seluruh dunia, selebihnya bukan lagi kerja manusia. 

Dan jika pun Tun Mahathir ada kesalahan-kesalahan lampau terhadap Anwar, kita juga seharusnya berbangga kerana bekas Perdana Menteri selama 22 tahun juga sedia berbaik dan menebusnya kembali.
Tidakkah ia sikap terpuji yang harus sama-sama kita hargai? Adakah kita turut menpunyai sikap seperti itu?

Dari segi perjuangan pula, kiranya mahu dikata hipokrit dan berdosa, sebenarnya adalah jauh lebih hipokrit dan berdosa kiranya Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz terus bersama Najib sekarang ini.

Tidak ada mana-mana tamadun yang dapat menerima apa yang dilakukan Najib sekarang merupakan suatu kebaikan dan amalan yang boleh dipuji.

Dengan itu, kesanggupan mereka berjuang melawan Najib, ia adalah lambang sikap progresif dan sedia berkorban demi kepentingan rakyat dan negara.

Filipina, Indonesia, Thailand dan beberapa negara Arab telah pun lebih dulu menghalau pemimpin mereka yang tidak amanah dan  bersikap kleptorat. Kita masih dikira terlambat dalam hal ini.

Apakah mereka yang sedang mempertahankan Najib sekarang tidak rasa bersalah atas perbuatan mereka sedangkan bukan saja Malaysian Official 1 disebut dalam pendakwaan Jabatan Kehakiman AS, bahkan juga kes penggubahan wang haram berkaitan 1MDB yang sedang dan akan  dibicarakan di beberapa negara lain?

Siapa yang sebenarnya hipokrit dan sedang melakukan dosa? (http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 13/11/2016).

p/s: 
1. Pendirian CG adalah Anwar mesti kekal di penjara seperti mana yang diputuskan oleh undang-undang selagi tidak diputuskan sebaliknya. Gesaan membebaskan Anwar melalui tunjuk perasaan adalah bertentangan dengan proses undang-undang negara. 

2. CG juga berpandangan, pada masa ini, keutamaan rakyat adalah menurunkan Najib yang dicemari dengan isu 1MDB dan Derma RM2.6 bilion melalui tatacara yang dibenarkan undang-undang iaitu dengan tidak mengundi BN pada PRU14.

17 comments:

  1. Saya pro-PPBM tapi saya tetap 'pro-Anwar terus berada di dalam penjara'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..bebaskan anwar akan bagi signal yg salah kpd rakyat...apapun jika tun m n anwar dah memaafkan antara satu sama lain,ini adalah sifat terpuji..kalau allah takdirkan anwar jadi pm satu hari nanti,dia akan jadi seorang pm yg hebat kerana beliau telah mengalami asid test yg hebat dlm hidupnya..biar allah menentukan

      Delete
  2. Hipokrit tahap gaban....matlamat menghalalkan cara yg paling keji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau cita hal kj ke. Dia yg lepaskan anwar dulu beb. Siap settlekan dengan mahkamah lagi. Sapa yg keji ni ...

      Delete
  3. aku tak faham nape kena bebaskan anwar? zaman Tun Mahathir dulu dia meliwat samapi ususng tilam, zaman Najib dia meliwat lagi sampai Saiful sumpah cara Islam, dia bersalah meliwat kena hukum tu mmg kaedah undang2.
    Tun Mahathir pon tak bagi hujah nape nak bebaskan anwar, aku kekal sokongPPBM cuma harap Tun Mahathir jgn tertipu dengan nurul izzah

    ReplyDelete
  4. Celah Gelegar dah buta hati..... salah tetap salahlah.... yg tak salah jangan nak salahkan..... bukti mana bukti nak tuduh najib bukan bukan beb.....aku bagi contoh simplelah untuk dua situasi yg berbeza...untuk perkara yang sama..... 1) beb... aku nampak dengan mata kepala sendiri sipolan berak dalam seluar beb.... banyak dan busuk...ni gambarnya. 2) beb... aku dengar si pulun khabor kat akulah... sipolan berak dalam seluar beb.... banyak dan busuk katanya siap ada gambor tuuuu.....
    Rasa2 korang situasi mana yang paling boleh dipercayai

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://celahgelegar.blogspot.my/2016/11/bohong-demi-bohong-rakyat-tidak-lupa.html

      Delete
    2. KP SPRM ditukar, Gabenor BNM ditukar, Peguam negara DItukar, ....bagi 10 lori bukti pon tak akan samapi di mahkamah la beb, jang bodoh sangat menilai situasi yg jelas depan mata

      Delete
    3. Suharli ni tengah stim ganja kot. Atau dia ni tak sekolah langsung dulu. Takyah nak komenlah. Malu kalau mak ayah tau kau sengal

      Delete
  5. Yang KJ dulu..x sabar2...hantar paspot malam2 buta..x hingat ker? huhuhu

    ReplyDelete
  6. SOALAN
    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 1 : (Diam)

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 6 : Kebenaran akan terbukti. Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 7 : Yahudi kini sedang menyerang Malaysia.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak nak guna akaun sendiri untuk terima wang.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tidak wujud.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu beliau tak dapat duit derma sebanyak itu.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 15 : Duit itu saya guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan.

    Satu soalan yang perlu dijawab YA atau TIDAK sahaja. Tetapi malangnya jawapan yang diterima ternyata Tipu & Bohong belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa cer?.... dah ada bukti ker duit tu dari 1mdb???????

      Delete
    2. buktinya Najib tu membohongi rakyat, itu jelas buktinya, isu1MDB plak kalau dah KP dan TKP SPRM ditukar, gabenor bnm ditukar, peguam negara ditukar, sapa yang nak siasat bukti2 berlonggok tu, lepas siasat sapa yg nak bawa ke mahkamah kalau peguam negara Najib dah awal2 cakap najib tak bersalah, tapi negara di negara luar sepeti Singapura orang yg bersalah berkaitan 1MDB dah di penjara, di Amerika DOj sedang siasat termasuk Reza aziz, JLow dan MO1, di malaysia selagi naji jadi PM selagi tu lah pemakan dedak akan kata tada bukti sebab penyokong dia pon makan rasuah, tak jujur, penyamun akan sokong penyamun sampai bila2 selagi tak ingat Allah selagi tak bertaubat

      Delete
    3. dah memang duit tu dari 1mdb. mana tok arab yg derma tu apsal tak tunjuk muka? duit src 42juta bila nak pulang?
      ag kecut perut tak nak kerjasama dgn ag swiss apahal?
      lagi bising nak bukti pulak..

      Delete
    4. System undang2 diMalaysia ialah "Guilty unless proven otherwise"

      Di Singapura sudah terbukti ada penyelewengan besar2an 1MDB. Pesalah sudah pon mengaku dan di hukum. Ada beberapa individu yang masih disiasat dan diambil tindakkan.

      Di Amerika dan Swiss masih dalam process.

      Tapi di Malaysia sudah diishtiharkan tiada penyelewengan.

      Sungguh menghairankan. Lebih hairan lagi yang terlibat bebas kesana sini boleh menyertai rombongan ka China dengan menaiki Jet.

      Delete
    5. Suharli ni lagi !!! Bodoh bebeno kau ni. Abis duit dari arablah ni ye. Kompem kau tarik ganja

      Delete
  7. Si Suharli ni memang bingai... banyak sangat makan dedak itu pasal lah!

    Orang hisap ganja takde nya nak buat perangai macam ni...

    Orang hisap syabu mungkin la kot...banyak sangat cakap merapu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com