innity

pages

Friday, November 25, 2016

[JANGAN SEBUT SIAL] Kerajaan pertimbang NAIKKAN HARGA GULA


Kerajaan sedang mengkaji untuk menaikkan harga gula berikutan permintaan pengeluar komoditi berkenaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pertimbangan kepada perkara itu telah dilakukan sejak sebulan yang lalu.
“Perbincangan ini sudah mula sejak sebuLan yang lepas, cuma kita mahu mengikut trend harga di pasaran dunia sama ada sebab-sebab menaik dan turun atau stabil, maka mudahlah kita buat perkiraan.
“Harga gula di pasaran dunia kini mencecah USD $0.26sen bagi satu paun berbanding AS$0.16sen pada 2013 bagi berat yang sama.
“Sehubungan itu, permintaan (pengeluar gula) ini ada asasnya tetapi saya nak kepastian supaya ia memberi keselesaan kepada pengeluar untuk memastikan bekalan mencukupi dan pada masa yang sama saya juga pengguna, jadi saya tidak mahu membeli gula pada harga yang mahal,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis perunding penjaja dan peniaga kecil kebangsaan di sini, hari ini.
Sebelum ini, peneraju pengeluar gula bertapis terbesar negara, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) meminta kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 peratus berikutan kos gula mentah yang semakin tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif MSM, Mohamad Amri Sahari berkata, kos gula mentah meningkat hampir 40 peratus sejak awal tahun ini dan memberi kesan ke atas margin syarikat.

3 comments:

  1. FGV dah terkantoi dgn audit sekrg nak kaut untung kt gula pulak. Kalau setakat nak tambah peluang pekerjaan kat bangla baik x payah. Ekonomi negara memang dah menguncup pasai apa depa punya untung xbleh nak menguncup jugak? La ni semua pakat nak naikkan harga bukan sebab rugi tp untung dah kurang. Abistu kami rakyat kuasa beli dah kurang mcm mana? Bila rakyat kurang membeli ampa pi buang pekerja tempatan pulak. Alasan kata production kurang. Apa gila lah menteri semua ni. Aku rasa kalau depa amik upsr mesti fail.

    ReplyDelete
  2. Ringgit jatuh barangan impot naik ..najib lemah mentadbir negara..

    ReplyDelete
  3. Org tua nyanyok tu dulu dah cakap yg kesan ekonomi berantai akan terjadi bila nilai ringgit merudum. Tapi ramai yg tak percaya. Skrg padan muka semua.. Pilih lah lagi BN PRU 14 na...puiiii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com