innity

pages

Monday, November 7, 2016

[HANYA PAKATAN JAMAL, NAJIB SAJA?] Kesian Annuar Musa TIDAK DIMAKLUMKAN, Baju Merah Tiada Kena Mengena dengan UMNO

Umno tidak perlu dikaitkan dengan tunjuk perasaan Gerakan Baju Merah di hadapan pejabat media Malaysiakini semalam, kata Tan Sri Annuar Musa.
Ini kerana ketuanya Datuk Jamal Md Yunos tidak pernah membincangkan tunjuk perasaan itu dengan Umno walaupun dia ketua bahagian parti di Sungai Besar, Selangor.
“Kenapa tanya saya?” jawab Annuar, yang merupakan Ketua Penerangan Umno. “Baju Merah tidak ada kena mengena dengan Umno.”
“Kita (Umno dan Baju Merah) tidak pernah bincang (tunjuk perasaan itu). Itu bukan Umno. Itu Jamal,” katanya semasa sidang media di Pejabat Umno Selangor hari ini.
Semalam Jamal bersama 200 aktivis Baju Merah menunjuk perasaan di hadapan pejabat media Malaysiakini susulan pendedahan portal itu menerima sumbangan daripada Open Society Foundations (OSF) yang dikaitkan kepada hartawan George Soros.
Malaysiakini akui geran OSF digunakan oleh unit penyiaran KiniTV untuk menerbitkan buletin berita dan dokumentari berkenaan Sarawak.
KJ : Pemuda UMNO boleh sertai Baju Merah
Minggu lalu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata pemuda parti boleh menyertai aktiviti anjuran Baju Merah.
“Mereka boleh sertai (himpunan) Baju Merah, selagi tidak melanggar undang-undang,” kata Khairy.
Gambar- Gambar Pertemuan Jamal Bersama Najib



1 comment:

  1. Mana la anuar nak tau....UMNO tu najib punya sekarang ni. Nak rancang dan buat pe2 anak bini najib je tau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com