innity

pages

Thursday, November 24, 2016

HAJI HADI GAGAL BACAAN KALI PERTAMA RUU355: Menteri KAFIR MENANG lagi


KEHADAPAN DATUK MENTERI.

Saya ingin menyatakan seperti berikut :-

1. Datuk Seri Liow Tiong Lai & Datuk Seri Mah Siew Keong pernah atau tidak melawat Amerika Syarikat & Kanada? Boleh teliti sistem perundangan di sana. Kanada umpamanya, mengamalkan sistem perundangan Inggeris dan Perancis. Seluruh Kanada mengamalkan English Common Law melainkan Quebec mengamalkan Civil Law selepas 1759 Battle of Quebec. Amerika Syarikat pula memiliki dual court systems (federal & states). Malah antara setiap negeri di Amerika Syarikat terdapat undang-undang yg berbeza di antara satu sama lain.

2. Tan Sri Adenan Satem perlu tahu bahawa melalui RUU 355 jika berjaya sekalipun, hudud yang boleh dijalankan hanyalah kesalahan zina (100x rotan), tuduh zina (80x rotan) dan minum arak (40-80x rotan). Apa masalahnya Tan Sri? Tiada seoang pun manusia dalam dunia ini sama ada muslim atau non muslim yang mengatakan 3 kesalahan tersebut sebagai perkara baik. Semuanya setuju bahawa 3 kesalahan itu memang buruk. Rotan mengikut undang-undang Islam mudah & ringan. Tidak mencederakan dan tidak dibuka aurat. Ini jauh lebih bertamadun berbanding dengan hukuman rotan jabatan penjara sekarang. Boleh saya tahu, apa masalah Tan Sri?

3. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Janganlah Tan Sri samakan agama Kristian dengan agama Islam. Dalam Bible (Mark 12:17) "And Jesus said unto them, Render unto Caesar the things that are Caesar's, and unto God the things that are God's. And they marveled greatly at him". Ini hanya sesuai untuk agama Kristian. Tetapi dalam ajaran Islam, kami orang Islam tunduk kepada perintah ALLAH & Rasul dalam segenap kehidupan, sewaktu makan, dalam tandas, bilik tidur, di stadium, mahkamah, politik dan segenap aspek kehidupan. Harap Tan Sri tidak samakan Kristian & Islam.

4. Encik S. K. Devamany, boleh tuan tunjukkan saya apa masalah dengan two contradictory legal systems? Saya ingin cadangkan tuan agar ketika melancong di luar negara cuba ambil kesempatan mengkaji sistem perundangan negara maju termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain. Kenapa negara maju boleh lakukan, tetapi negara kita tidak boleh? Malah negara kita sudah ada dual banking system yang juga boleh disebut "contradictory". Tetapi pengalaman peribadi saya ramai client saya yg non Muslim lebih suka menggunakan Islamic banking / finance.

5. Kesimpulan saya, jika boleh memberi peluang sebaiknya kepada undang-undang Islam di Malaysia tanpa sebarang usaha sabotaj, saya yakin ramai akan memilih undang-undang Islam dan mereka akan bertanya, "kenapa kita tidak melaksanakannya lebih awal?".

Ahmad Jailani Abdul Ghani
AJK Teknikal Kanun Jenayah Syariah Peringkat Persekutuan
24 November 2016.



Ahli Parlimen PAS-Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membentangkan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Namun, pembentangan usul ini bukan merupakan permulaan urusan Rang Undang-Undang yang bermula dengan Bacaan kali Pertama, diikuti Bacaan Kali Kedua dan dibahaskan dan seterusnya Bacaan kali Ketiga dan seterusnya Dewan memutuskan sama ada bersetuju atau tidak.

Malah Yang di-Pertua dewan menyatakan bahawa pembentangan Haji Hadi cuma usul dan bukannya bacaan kali pertama Rang Undang-Undang.


Presiden PAS seterusnya memohon supaya huraian dibuat pada sesi yang akan datang.

4 comments:

  1. Jangan salahkan orang lain walhal orang sendiri yang sebenarnya tidak mampu bersatu. Seperkara lagi, untuk apa memandang berang pada orang lain kalau parti serpihan(parti oren)juga memandang sinis usaha rakan lamanya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wayang tinggi production.
      Tahniah pengarah.

      Delete
  2. Baru usul... belum bacaan pertama pun.... maknanya usul sudah masuk untuk mula di perhalusi.... jangan menggelatatlah....

    ReplyDelete
  3. Tak paham kenapa sekarang kluang diamond hanya izinksm members blog saja komen.... ni yg aku cuba hantar ttg komen kluangdiamond mengenai pas dan u.no agak mesra skrg...

    MasyaAllah KD.... apa punya busuk hatilah kamu ni.... janganlah lihat penyatuan dari kacamata politik semata. Kenapa tidak kamu menyelar PAS bersama pakatan sebelum ini yang ada DAP di dalamnya.... kenapa tidak melihat penyatuan ini adalah penyatuan ummah.... pengukuhan umat Islam berbangsa melayu untuk meranapkan impian puak khafir harbi yg sebenar2nya mempergunakan melayu Bersatu dan PAN..... mengapa dilihat berlembutnya PAS terhadap UMNO sebab didedakkan dgn wang..... mengapa tidak kamu mempertikaikan mat sabu dengan PANnya keluar dari PAS tanpa sebarang sogokan wang? Tolonglah jangan menjadi penghasut.... pengadu domba jika kamu benar melayu ISLAM ...kecualilah kamu sememangnya penjilat khafir harbi atau setidak2nya kamu adalah mungkin red bean army...... moga laknat berbalik ke dirimu....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com