innity

pages

Wednesday, November 2, 2016

[GRADUAN TAK MAMPU BAYAR PTPTN LEBIH JAHAT?] Mengapa Riza Aziz BEBAS ke luar negara, Peminjam PTPTN Tidak?

Seluruh rakyat Malaysia sedia maklum Datuk Seri Najib Razak akan berangkat ke China atas urusan rasmi kerajaan, lebih awal lagi sewaktu belanjawan 2017 mula dibentang ke dalam Parlimen.
Yang rakyat tidak tahu dan mendapat kejutan adalah apabila semalam, secara terang-terangan, anak tiri perdana menteri kita berada sekali di dalam jet rasmi kerajaan mengikuti lawatan rasmi ke China.
Kita semua sedia maklum Riza Aziz antara individu yang terkait dengan skandal 1MDB tetapi masih bebas bergerak ke luar negara seperti tidak ada rasa bersalah. Lebih malang, apabila pergerakan beliau ke luar negara terpaksa ditaja oleh rakyat menggunakan jet rasmi kerajaan.
Persoalannya di sini, mengapa Riza boleh bebas bergerak sedangkan di belakang tengkuk beliau terbeban dengan isu skandal 1MDB yang berkait rapat dengan kewangan negara melibatkan wang berjumlah berbilion ringgit?
Mengapa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mendapat keistimewaan yang sama walaupun hanya gagal membayar hutang berjumlah ribuan ringgit sahaja yang jauh lebih kecil nilainya berbanding dengan skandal yang didakwa ke atas Riza?
Adakah semua peminjam PTPTN perlu menjadi anak tiri Najib untuk mendapat keistimewaan yang sebegitu rupa?
Rakyat perlu tanya kepada kerajaan apakah pendirian mereka terhadap individu yang disenarai hitam daripada bergerak keluar negara?
Adakah mahasiswa yang tidak mampu membayar hutang ini jauh lebih jahat?
Sekiranya kerajaan benar-benar serius dalam menguruskan kewangan negara, ia seharusnya memburu individu yang dikatakan terlibat dengan skandal wang rakyat dan hidup mewah ini dahulu sebelum memburu mahasiswa yang belum tentu cukup makan selepas bergraduasi kerana keadaan ekonomi yang mendesak hasil tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab menguruskan sumber negara.
Ashraff Nazrin seorang aktivis pelajar.
-FMT

3 comments:

  1. Kena baca undang-undang dan perjanjian ptptn tu..jgn libatkan peminjam ptptn dgn reza..ptptn kes lain..reza kes lain..blogger pun kenalah bijak bg statement..org bodoh bokeh lah tipu..bolgger ni mcm bodoh jer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tak rasa ko bodoh, patut lah... simple saja, Reza yang songlap ratus juta bebas kemana-mana, apa rasionalnya? kaitan dgn PTPTn tu utk ko berfikir... tapi rasanya ko tidak mampu berfikir hingga ke tahap waras

      Delete
  2. Rakyat mesti dijelaskan..
    Kenapa balaci umno bn dan kroninya bebas?

    Juga nyatakan kepada rakyat bahawa kerajaan baru yidak tiris dan yidak rasuah tidak seleweng projek kerajaan
    Ini lah yang banyak dibualkan rakyat....
    Keris pahang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com