innity

pages

Friday, November 25, 2016

Ganggu tugas penjawat awam, pasangan Cina ditahan polis


Polis menahan pasangan lelaki dan wanita berbangsa Cina yang didakwa mengganggu seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) susulan tersebarnya perbuatan mereka di laman sosial.
Video berdurasi dua minit itu menunjukkan anggota penguatkuasa wanita MBSA yang didakwa dikasari dan diganggu oleh pasangan tersebut kerana mengeluarkan saman menjadi viral di laman sosial.
Insiden tersebut dipercayai berlaku di Bukit Rahman Putra dekat Sungai Buloh disebabkan pasangan berkenaan tidak berpuas hati disaman anggota penguatkuasa itu.
Pasangan itu dilihat cuba menghalang tugas anggota penguatkuasa tersebut termasuk menarik pakaian dan menghalangnya.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Dr Abdul Aziz Awang Darus mengesahkan penahanan pasangan terbabit pada pagi Jumaat.
“Mereka ditahan dan kes itu dirujuk kepada timbalan pendakwaraya awam untuk tindakan lanjut,” katanya seperti dilapor The Star, hari ini.
Pasangan berkenaan akan didakwa di Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 183 Kod Penal kerana menganggu tugas penjawat awam. - ismaweb

1 comment:

  1. Kita tunggu apa plak penjelasan pasangan tersebut,sekiranya didapati bersalah apa plak hukuman

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com