innity

pages

Friday, November 11, 2016

DUN Sabah terima usul LARANG Jamal Yunos MASUK Sabah

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah hari ini menyerahkan usul melarang Datuk Jamal Yunos memasuki negerinya kepada Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah Bernard Dalinting.
Menurut Daily Express, usul Terence Siambun (Warisan-Moyog) menggesa Kerajaan Negeri supaya menyenaraihitamkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu dan melarangnya daripada memasuki Sabah.
“Usul perlu dibenarkan Speaker Syed Abas Syed Ali dan kemudian dibahaskan. Gerakan Baju Merah rasis,” katanya menurut laporan itu.
Tambahnya, usul itu bertujuan menjaga keamanan negerinya. Menurut beliau, rakyat Sabah tidak suka melihat tingkah laku seperti samseng oleh Jamal dan kumpulannya.
Beliau menyeru Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman tidak gentar dengan jawatan Jamal dalam Umno.
“Musa perlu bersama rakyat,” kata Siambun. “Gerakan Baju Merah tidak boleh dibenarkan masuk dan membahayakan ketenteraman awam di Sabah.”
Siambun, yang keluar daripada PKR baru-baru ini, memberi contoh Gerakan Baju Merah menakut-nakutkan masyarakat Cina yang menyokong Bersih 2.0.
Katanya tindakan mereka jelas menunjukkan gerakan itu melanggar undang-undang.
Tegasnya pihak berkuasa tidak boleh melayan rakyat Sabah sepertimana layanan yang diterima rakyat di Tanah Melayu.
“Gerakan Baju Merah tidak berjuang untuk Sabah atau rakyat Malaysia,” katanya menurut laporan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com