innity

pages

Friday, November 25, 2016

Dun Pulau Pinang lulus RUU PENTERNAKAN BABI


GEORGETOWN - Persidangan Dun Pulau Pinang hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perternakan Babi 2016.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.

"Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi," katanya pada persidangan Dun Pulau Pinang di sini.

Beliau berkata, kaedah penternakan sekarang selain menyebabkan pencemaran alam sekitar, turut menimbulkan isu keselamatan penyalahgunaan ubat-ubatan terlarang.

Sidang Dun yang berlangsung sejak 15 November lepas, kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sepanjang persidangan tujuh hari itu, 76 soalan lisan dan 634 soalan bertulis dikemukakan, manakala dua rang undang-undang serta dua usul tergempar diluluskan. - Bernama

3 comments:

  1. Saya harap kerajaan PP akan bina ternakan babi ini jauh dari kawasan kampung dan tempat tinggal orang muslim. Dan mengambil lankah positif untuk tutup ternakan babi haram di kawasan kawasan yg tidak ada lesen.Kita mesti utamakan perpaduan rakyat dan mengambil hati orang muslim untuk elak salah faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. well said sir! if all the muslims n non muslims having the same mentality as yours, we definitely be able to live in harmony and progress together..

      Budak pondok Kubang Ulu , BM

      Delete
  2. 14 hari saja?? He he he !! Elok bagi lepas aja lah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com