innity

pages

Sunday, November 13, 2016

DITUMBUK HINGGA BERDARAH: Jamal lapor polis


AMPANG – Polis mengesahkan ada menerima laporan yang dibuat oleh pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mendakwa dirinya ditumbuk pada hidungnya hingga berdarah dalam kejadian di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, laporan itu mendakwa beliau (Jamal) telah ditumbuk oleh peserta Baju Kuning.

"Siasatan masih dijalankan bagi melihat kejadian sebenar melalui rakaman yang dibuat di tempat kejadian.

“Kita akan teliti dulu rakaman video yang ada untuk kenal pasti kesalahan yang berlaku ketika itu,” katanya.

Beliau berkata, dalam insiden tersebut, polis turut menahan dua lelaki merupakan peserta baju merah kerana cuba menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas selain mencetuskan provokasi.

Memetik laporan sebuah portal, kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan Bersih5 di pusat beli-belah Ampang Point, hari ini sebelum berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.

Anggota kumpulan Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar.

Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan. -SH

3 comments:

  1. padan muka...rasakan!

    ReplyDelete
  2. piiirrahh!!! baru kena sebijik dh mengadu kat polis..gempak je lebih dia ni.sape suh dtg buat kacau kat tempat org?mmg dapat la sebijik..

    ReplyDelete
  3. Aikkk ..ari tu kena bedal dgn kayu sampau berderai ..lompat sana sini macam beruk. Kena siku sikit dah nangis ...barau punya jamal ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com