innity

pages

Thursday, November 24, 2016

[DITIPU UMNO LAGI] Haji Hadi HANYA Bentang Usul RUU355 TAPI BUKAN BACAAN KALI PERTAMA RUU PUN, jauh lagi untuk DIBAHAS


Ahli Parlimen PAS-Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membentangkan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.


Namun, pembentangan usul ini bukan merupakan permulaan urusan Rang Undang-Undang yang bermula dengan Bacaan kali Pertama, diikuti Bacaan Kali Kedua dan dibahaskan dan seterusnya Bacaan kali Ketiga dan seterusnya Dewan memutuskan sama ada bersetuju atau tidak.

Malah Yang di-Pertua dewan menyatakan bahawa pembentangan Haji Hadi cuma usul dan bukannya bacaan kali pertama Rang Undang-Undang.


Presiden PAS seterusnya memohon supaya huraian dibuat pada sesi yang akan datang.

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Hukuman semasa Mahkamah Syariah ketika itu adalah maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.


2 comments:

  1. Hehehe. . .kah kah kah. .
    Huhuhu. . .

    ReplyDelete
  2. Dua dua UMNO & PAS sepakat main wayang,Wahai Pak lebai dan mak lebai pas ,korang tunggu apa ?? Tinggal aja lah parti hipokrit ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com