innity

pages

Saturday, November 5, 2016

[DEDAK DAH KURANG LE TEW] Himpunan baju merah tidak dapat sambutan


Himpunan peserta baju merah di depan pejabat portal berita liberal, Malaysiakini, yang bermula pada jam 2 petang hari ini, tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan ahlinya.
Ini kerana kira-kira 500 peserta sahaja yang hadir dalam demonstrasi yang diketuai Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos itu walaupun dilaporkan bilangan peserta yang akan berkumpul mencecah 20,000 orang.
Pada asalnya, bantahan itu sepatutnya dilaksanakan di Dataran Merdeka sebagai permulaan untuk himpunan 19 November ini sebagai penentangan terhadap perhimpunan Bersih 5.
Bagaimanapun, pihak berkuasa telah melarang mereka daripada berkumpul di Dataran Merdeka dan kumpulan itu menukar rancangan dengan memilih untuk berhimpun di pejabat Malaysiakini.
Sebelum ini, pemimpin baju merah, Jamal Yunos memberi amaran akan ‘meruntuhkan’ sebahagian daripada bangunan menempatkan pejabat Malaysiakini, jika tidak mendapat penjelasan lanjut mengenai kaitan Malaysiakini dengan Open Society Foundation (OSF), sebuah yayasan milik penyangak mata wang George Soros.
“Saya beri anda sehingga tengah hari 5 November. Jika kami tidak menerima sebarang penjelasan, kami akan berhimpun di sini… 20,000 orang… dan pastinya sebahagian daripada bangunan ini akan runtuh,” katanya di pejabat Malaysiakini. - ismaweb

2 comments:

  1. Mcm mengkarung putus ekor je..

    ReplyDelete
  2. Hingus ni gila
    Keris pahang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com