innity

pages

Tuesday, November 8, 2016

‘Datin Seri Rosmah’ pula halang Dahlan Maamor jadi host Ruang Bicara Bernama TV


Pengacara terkenal, Dahlan Maamor, sekali lagi dihalang menjadi program Ruang Bicara Bernama TV, yang membincangkan isu Program Permata Negara(Permata), semalam.
Kali ini, Dahlan berkata, ‘seseorang’ telah menghubungi penerbit rancangan itu menggunakan nama ‘Datin Seri Rosmah’ meminta supaya beliau yang dianggap pengacara ‘reject’ diketepikan daripada menjadi host program itu.
“Saya mohon maaf kepada peminat Ruang Bicara kerana apa yang berlaku diluar jangkaan saya. Saya dijadualkan menjadi hos Ruang Bicara malam ini atas isu Program Permata Negara(Permata).
“Namun “seseorang” telah menelefon penerbit dan menggunakan nama Datin Seri Rosmah memohon agar saya yang dianggap beliau sebagai pengacara “reject” diketepikan dari menjadi hos.
“Saya waktu itu Sudah siap sambil menunggu tetamu, tetapi 20 minit menjelang live, saya diberitahu keputusan menyatakan program atas isu Permata dalam Ruang Bicara hanya dirakam untuk siaran pada tarikh lain. Dan saya tak dibenarkan menjadi pengacara untuk temubual ini,” katanya.
Menulis dalam Facebooknya, Dahlan yang sebelum ini digantung daripada menjadi host program berkenaan kerana campur tangan orang UMNO, berkata:
“Sejauh manakah ybhg Datin Seri Rosmah tahu perkara ini, apakah ianya diada adakan oleh pemanggil ini? Saya kurang periksa. Jika ini keadaan maka ia menjadi fenomena Baru dalam siaran program di RB sejak saya keudara 8 Tahun silam.
“Apakah hak beliau (pemanggil) untuk campurtangan dalam soal penerbitan di BNC. Beliau telah dikenalipun bila RB memberi Ruang kepada beliau muncul di TV. Jika tidak, tiada siapa yang kenal beliau.
“Saya yakin,ia perlu dipantau perbuatan menggunakan nama ini kerana kesannya amat buruk. Saya tidak pernah terfikir, selepas bebas daripada digantung tugas, musibah ini terus berpanjangan dan mengganggu tugasan saya.
“Saya akan kemukakan permohonan untuk bercuti kepada penerbit sehinggalah hati ini damai dari kekalutan. Segala yang berlaku saya khabarkan kepada Datuk Rizal Mansur untuk pengetahuan beliau. Selamat malam dan sesungguhnya, saya sudah bersedia untuk mengakhiri kerjaya saya sebagai pengacara.”
Bernama minggu lalu, menarik balik penggantungan Dahlan, berkuat kuasa serta-merta, setelah digantung tugas pada 27 Oktober lalu. - ismaweb

4 comments:

  1. Tak baik fitnah kak mah sampai camtu sekali. Rizal mansor pun dah cakap yg kak mah ni selalu menangis pasal org fitnah dia. Aku mintak kita hentikanlah tuduhan tak baik ni. Kak mah ni mulia orangnya. Tak percaya tanyalah rizal mansor

    ReplyDelete
  2. En dahlan..boleh la pegi media lain byk lagi
    Boleh hentam habisan si semah hencut tu

    Dah nak ajal si semah tu

    Keris pahang

    ReplyDelete
  3. Hehehehe...semah semah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com