innity

pages

Wednesday, November 9, 2016

[CHINA OH CHINA] 43 warga China ditahan, dipercayai terlibat Macau scam


KUALA LUMPUR - Seramai 43 warga China ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti penipuan 'Macau Scam' dalam dua serbuan berasingan di Mont Kiara dan Taman OUG di sini, hari ini.

Dalam operasi bermula 1 tengah hari itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 37 lelaki dan enam wanita China serta seorang lelaki tempatan yang kesemuanya berusia antara 20 dan 50 tahun.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan 'Macau Scam' itu daripada polis China.

"Mangsa kumpulan ini adalah rakyat China dan setakat ini tiada rakyat tempatan dikesan menjadi mangsa kumpulan ini," katanya.

Beliau berkata suspek akan membuat panggilan telefon mengatakan tiada bayaran dibuat terhadap barangan atau perkhidmatan yang telah mangsa gunakan.

"Suspek akan menuduh mangsa mengguna sumber identiti palsu atau wang daripada sumber kad palsu.

"Kemudiannya mereka (suspek) akan mengugut untuk merujuk perkara itu kepada pihak polis, bank persekutuan atau mahkamah jika mangsa tidak membuat bayaran," katanya, sambil menjelaskan urusan dokumentasi kesemua suspek sedang dijalankan dengan polis China. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com