innity

pages

Tuesday, November 1, 2016

Bocor Rahsia 1MDB: Muhyiddin SAHKAN DIPANGGIL Polis


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau dipanggil polis berikutan dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, tarikh perjumpaan itu belum ditetapkan lagi namun beliau menjangkakan ia mungkin diadakan pada minggu depan.
“Dia (polis) ada panggil. Tapi jadualnya belum ditetapkan lagi (bila boleh beri keterangan). Dia ada bagi tarikh tapi lepas dirunding dia kata tunggu mungkin minggu depan, saya tidak tahu.
“Ada dia (polis) minta saya datang Bukit Aman. Nanti bila saya dipanggil saya akan jelaskan. Tidak (jelaskan) di Parlimen,” katanya.
Selain Muhyiddin, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut dipanggil polis.
Semalam, Husni hadir ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan, namun pihak polis menangguhkannya ke minggu hadapan.
Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

5 comments:

  1. Moga yang benar akan menang jua

    ReplyDelete
  2. Kalau Menteri sendiri yg dah angkat sumpah depan Agong membocorkan rahsia kerajaan..mmg sah satu kesalahan langgar sumpah sendiri..patut dihukum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa rahsia yg dibocorkan? yg menyonglap sampai bilion bilion tu yg patut dihukum.
      tu musibat yg langgar sumpah sebenarnya..

      Delete
    2. Yang curi duit tak pe..boleh enjoy

      Delete
  3. ahli parlimen pun dah hilang imuniti dalam dewan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com