innity

pages

Saturday, November 19, 2016

#Bersih5: Netizen MENANGIS Terharu, Tun Mahathir berumur 91 Tahun Turun Pesawat, BERHUJAN bersama Bersih



Suasana perhimpunan Bersih 5 yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur siang tadi semakin gamat dengan kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M. 
Beliau diiringi oleh presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyddin Yaasin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, merangkap anak kepada Tun M sendiri.
Orang awam yang berhimpun bersorak apabila melihat tokoh yang disegani ramai itu tiba di Bersih 5, tidak kurang juga yang berasa terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh Tun M untuk hadir ke perhimpunan tersebut walaupun setelah melalui 10 jam penerbangan dari luar negara!

Turun Pesawat Pakai Baju Bersih


Menurut pembantu Tun M, Sufi Yusof, Tun M baru tiba di Malaysia selepas selesai menghadiri sebuah persidangan di Sudan. Seperti yang kelihatan pada gambar, Tun M turun dari pesawat dengan menyarung T-shirt Bersih 5 berwarna kuning diluar kemeja putih berkolar yang dipakainya.
Dilaporkan pesawat peribadi yang membawa Tun M tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Netizen Doakan Kesihatan Tun M






2 comments:

  1. Syukur ya allah sentiasa beri sihat dan gemilang untuk tun m

    Keris pahang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com