innity

pages

Sunday, November 20, 2016

Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan


RANTAU PANJANG: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak menolak kemungkinan bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad akan dipanggil polis kerana menyertai himpunan Bersih 5 semalam.

Katanya sekiranya penyertaan bekas pemimpin negara itu bersama rakannya menyemarakkan kehadiran peserta Bersih, pihak polis tidak teragak-agak memanggil beliau atau menahannya.

“Dalam kes Dr Mahathir ini kita hormati dia sebagai ‘stateman’ pemimpin negara, tetapi kalau dia melampaui batas kita kena ambil tindakan saya tidak menolak kemungkinan tersebut (dipanggil polis) tetapi dia hendak kita tangkap dia, tetapi kita tidak akan termasuk dalam perangkap dia,” kata Nur Jazlan di sidang media selepas melakukan lawatan di CIQ Rantau Panjang di sini petang tadi.

Nur Jazlan turut memaklumkan  tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi individu akan dipanggil polis kerana menyertai Bersih 5.

Dia turut memperjelaskan mengenai  penahanan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“SOSMA ini adalah sebenarnya undang undang yang memudahkan pelaksanaan undang-undang sedia ada. Dia bukan boleh dakwa orang, dia menyenangkan cara hendak tangkap orang dan lepas itu kita dakwa di mahkamah,” jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com