innity

pages

Thursday, November 3, 2016

Bersatu umum barian penuh Majlis Pimpinan Tertingginya (MPT)


PUTRAJAYA - Parti Bersatu hari ini (semalam) mengumumkan senarai rasmi Majlis Pimpinan Tertingginya (MPT) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, ia diisi oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tiga nama yang dipilih sebagai Naib Presiden ialah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia  (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman dan peguam, Datuk Abdul Rashid Asarin.

Sementara itu, Adun Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh memegang jawatan Setiausaha Agung, Datuk Mohd Salleh Bajuri (Bendahari) dan Datuk Kamaruddin Mohd Nor (Ketua Penerangan).

Jawatan Ketua Srikandi pula dipegang oleh Anina Saadudin sementara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pemuda.

Sementara seramai 19 individu pelbagai latar belakang dilantik dan dipilih sebagai Ahli MPT Bersatu.

Mengulas mengenai pelantikan tersebut, Muhyiddin berkata, tidak dinafikan ia memperlihatkan gandingan bekas ahli dan pemimpin Umno.

"Ini kerana mereka sudah tidak mahu menerima kepimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan masalah politik Umno yang dikatakan korup. Maka mereka berhijrah ke parti yang jauh lebih baik daripada Umno.

"Perkara ini mungkin tak boleh dielakkan sebab di peringkat bawah pun, sebahagian besar yang menyertai kita telah meninggalkan Umno. Kita amalkan dasar parti terbuka dan sesesiapa saja boleh sertai Bersatu," katanya. - SH

1 comment:

  1. Tahniah bersatu
    Terus berjuang gemilang pru 14
    Pakatan harapan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com