innity

pages

Sunday, November 27, 2016

Benarkah DAP Kuasai Malaysia jika BN KALAH PRU14


DAP bakal kuasai Malaysia?

Dulu sebelum PRU13, UMNO menakut-nakutkan orang Melayu dengan mengatakan bahawa 1 undi untuk PAS adalah 1 undi untuk DAP yang akan menghapuskan keistimewaan Bumiputera dan Islam di Malaysia.

Dua fakta yang jelas bertentangan antara UMNO dan MCA. Orang Melayu ditakut-takutkan dengan isu kehilangan hak-hak keistimewaan Melayu kerana DAP bakal berkuasa manakala masyarakat Cina pula ditakut-takutkan dengan isu PAS dan perlaksanaan hukum hududnya. Malangnya rakyat yg cetek akal terus percaya membuta-tuli tanpa menyidik lanjut.

Mampukah DAP menguasai Parlimen?

Masih ramai orang Melayu Islam yang takut untuk memangkah DAP. Ini termasuklah penyokong-penyokong tegar PKR dan PAS sendiri. Mereka termakan hasutan media arus perdana bahawa andai Pakatan Harapan berkuasa, DAP akan menjadi tuan di Malaysia. 

Bagaimana DAP hendak menguasai Parlimen Malaysia jika mereka hanya bertanding di 51 daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara? 

Sekiranya DAP menang kesemua 51 kerusi sekali pun, mereka hanya memiliki 23% daripada jumlah semua kerusi Parlimen Malaysia dan mereka masih tidak mempunyai suara majoriti dan tidak akan berupaya untuk menguasai Parlimen Malaysia. 

Untuk belah pembangkang, di antara semua parti di dalam Pakatan Harapan, PKR merupakan parti paling besar jumlah pencalonannya di kerusi Parlimen. PKR bertanding di 99 kerusi Parlimen, PAS (yang dulu di dalam Pakatan Rakyat) 73 manakala DAP cuma 51 kerusi sahaja. 

Adakah benar DAP boleh menjadi kuasa dominan dalam pembangkang sekarang dan seterusnya mengawal Parlimen Malaysia? 

Gunakanlah akal yang Allah kurniakan untuk menilai sendiri bukti-bukti yang disajikan dan bukan terus percaya segala hasutan politik kotor pihak-pihak yang berkepentingan politik peribadi. 

Statistik ini diperoleh di laman web rasmi PRU13 milik Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia - http://keputusan.spr.gov.my/

Pesanan saya kepada para penyokong Pakatan Harapan yang sudah berkira-kira untuk tidak memangkah DAP atas alasan Islam dan kepentingan Bumiputra, sedarlah bahawa kita telah diperdaya oleh media arus perdana melalui kenyataan pemimpin-pemimpin negara atas nama keterdesakan politik. 

Sedarkah anda kenyataan-kenyataan mereka ini jarang-jarang sekali disertakan dengan fakta dan statistik yang sah? 

Disebabkan mereka pemimpin negara dan ulasan mereka disiarkan di media arus perdana, maka kita terus percaya bahawa ianya sahih tanpa usul periksa. 

Andainya anda memilih untuk tidak memangkah mana-mana calon bukan Islam pada kerusi-kerusi pertembungan antara DAP dan MCA atas alasan agama Islam dan kepentingan Bumiputra, maka anda sebenarnya telah secara automatik menyatakan persetujuan anda untuk memilih DS Najib terus menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Akibatnya nanti, kita akan terus kekal seperti hari ini dan jangan pula nanti anda terpekik-terlolong selepas PRU14 mengutuk kerajaan BN atas kesempitan hidup kita sehari-hari. 

Inilah sahaja masanya untuk kita membina Malaysia baru. Fikirkan kesengsaraan yang sedang kita alami hari ini. Bagaimana duit rakyat dibazirkan sewenang-wenangnya. Rakyat dipaksa membayar GST tetapi wang tersebut dibazirkan untuk perbelanjaan yang tidak diperlukan seperti duit 1MDB dalam rumah mewah, kapal mewah, pesta mewah judi dan filem porno Jho Low dan anak tiri Najib buat.

Kerajaan Negeri

Dalam Pakatan Rakyat sebelum Pakatan Harapan, bagi pembentukan kerajaan negeri pula, DAP hanya bertanding di 103 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Malaysia berbanding PAS sebanyak 236 kerusi dan PKR 172 kerusi. 

PAS merupakan parti yg paling banyak bertanding kerusi DUN di kalangan rakan-rakan Pakatan Rakyat dulu yang kini PAS tidak bersama dalam Pakatan Harapan. 

DAP pula merupakan parti yg bertanding paling sedikit kerusi DUN dan DAP juga parti yang bertanding paling sedikit kerusi Parlimen di kalangan semua parti utama dalam pembangkang dulu

Adakah waras untuk mempercayai dakwaan UMNO yang DAP akan menjadi kuasa dominan dalam kerajaan baru andai Pakatan Harapan memenangi PRU14? 

Statistik jelas menunjukkan bahawa dakwaan tersebut adalah rekaan semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak mengundi Pakatan Harapan.

Bukalah minda dan gunakan akal untuk membuat pertimbangan yang waras. 

Cukuplah 55 tahun kita diperbodoh-bodohkan oleh mereka dan jangan benarkan anak-anak kita terus menjadi mangsa akibat kesilapan kita. Andai rasuah terus berleluasa pastinya negara akan bankrap. 

Bankrap kerana penyalahgunaan wang rakyat dan rasuah. Namun percayalah bahawa negara ini tidak akan bankrap jika mandat diberikan kepada Pakatan Harapan kerana kerajaan baru Pakatan Harapan pasti berjaya menjimatkan perbelanjaan negara (seperti yang telah dibuktikan di Pulau Pinang dan Selangor - sila rujuk Laporan Ketua Audit Negara 2012 hingga 2016) dan lebihan dana daripada penjimatan ini kemudiannya boleh disalurkan untuk program-program berkepentingan rakyat. 

Syarikat-syarikat konsesi tol lebuhraya terus mengutip tol pada kadar yang tinggi dengan alasan ia telah dipersetujui dalam perjanjian konsesi walaupun mereka telahpun pulang modal dan menikmati keuntungan jutaan ringgit setiap tahun. 

Tidak bolehkah kerajaan BN hari ini mengkaji semula perjanjian konsesi tersebut atas alasan kepentingan rakyat? Rakyat dibebankan tetapi syarikat-syarikat konsesi tol lebuhraya ini terus mengaut keuntungan jutaan Ringgit setiap tahun. 

Tepuk dada tanya selera. Jangan benarkan diri kita diperdaya oleh mereka yang berkepentingan politik peribadi. Renungkan semula perjuangan kita untuk menyelamatkan Malaysia. Penat lelah berjuang di jalanan tanpa sebarang paksaan tidak harus dilupakan begitu sahaja. Marilah kita hapuskan rasuah untuk selama-lamanya. Jika kita tidak memulakan perubahan pada kali ini mungkin tidak ada lagi peluang sebegini. Mungkinkah ada lagi peluang di LAIN KALI atau kita pastikan ianya berlaku kali ini! INIKALILAH! 

p/s: Tulisan ini ditujukan khas untuk teman-teman Melayu Islam yang masih was-was untuk menyokong dan mengundi calon-calon DAP dalam memastikan kejayaan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya. PKR, AMANAH, WARISAN dan PPBM tidak mungkin boleh menakluki Putrajaya tanpa bekerjasama dengan DAP. Pakatan Harapan perlukan satu sama lain untuk memastikan kejayaan PRU14.

15 comments:

  1. mu ni org dap..bias

    ReplyDelete
  2. ada aku kisah...??? yg aku kisah adalah BANGSA DAN AGAMA ku...!!!!

    ReplyDelete
  3. Saya tak bersetuju kita melayu melumakkan diri sanggup pangkah DAP. Nak pangkah pemimpin melayu PAS, PKR dan BERSATU, UMNO takpe selagi pemimpin parti ni melayu Islam dan tak menentang hukum islam. DAp ka MCA ka GERAKAN ka MIC ka hukumnya HARAM. Depa tak akn sama sekali menyebelahi kepentingan Islam dan bangsa melayu yg memdokong agama tauhid. Hanya yg bodoh dan buta hati shj yg rasa takpe dan boleh sokong parti musyrikin.
    Kalau berani lawan hukum Allah didunia ni nanti sesal bila dihujung nyawa.

    ReplyDelete
  4. PAKATAN’S GAME OF THRONES

    Raja Petra Kamarudin

    Lim Kit Siang’s plan since 2004 was actually very simple. The first step would be to make the Chinese hate the government and everyone and everything related to the government — Umno, MCA and Gerakan included. It was a purely hate campaign that DAP embarked on its its attempt to defeat Barisan Nasional.

    To take Chinese votes away from MCA and Gerakan, DAP embarked on a three-prong attack. They targeted Chinese schools, Chinese newspapers and Chinese guilds and associations. It was so successful that even MCA life members supported DAP in 2008 and 2013. If not how could DAP garner almost two million votes if only DAP supporters voted for them? And this was something that MCA did not successfully counter whereas Chinese schools, newspapers and guilds/associations are supposed to be MCA’s domain.

    MCA and Gerakan were also told they must not attack DAP. If they do then it will backfire because it will make the Chinese voters angry. Basically, DAP is a sacred cow that must not be criticised just like Muslims are forbidden from saying anything negative about Prophet Muhammad. Even the Chinese underworld warned the Barisan Nasional Chinese leaders to not attack DAP because DAP has the protection of the underworld. So MCA and Gerakan practiced a hands-off-DAP policy that took its toll in 2008 and 2013.

    If you hate Umno then you must hate MCA and Gerakan as well, was the sentiment being expressed. To kill Umno you must kill MCA and Gerakan as well.

    With 45 seats for DAP, 30 for PKR, and 20 each for PAN and Pribumi, that would mean Pakatan Harapan would be a DAP-led Pakatan Harapan. And that is the ultimate aim of DAP. DAP feels that MCA and Gerakan are no contest. The contest is between Umno-PAS and PKR-PAN-Pribumi. Basically it is Malays versus Malays with a walkover for DAP on the Chinese seats

    As Superman Hew Kuan Yau revealed recently, DAP’s strategy is to use Malays to fight Malays so that DAP can benefit from this. But the Malays DAP is getting as their running dogs are people like Mat Sabu and the PAN gang, Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Anwar Ibrahim, Ahmad Husni Hanadzlah, Rafizi Ramli, and so on.

    In short, DAP is attracting Malays who are corrupt and have no moral values. They talk about Islam but in reality are munafiq or hypocrites who are tainted with sex scandal and corruption. And MCA is in such a pitiful state and its leaders are of kindergarten level that it is like taking candy from a toddler.

    ReplyDelete
  5. Melayu dibodohkan melayu

    ReplyDelete
  6. Hanya org naif dan jahil sejarah fikir DAP parti kecik takda citacita ubah negara jd negara 100% sekular, nak agama utk dlm rumah sj. Satu tujuan macam zionist.

    Aku memang meluat dgn BN, syorkan nak tumbangkan BN yg zalim dan byk maksiat ni....satu lwn satu mesti berlaku...aku syorkan PAS, PKR dan BERSATU buat satu bendera. Biarkan DAP bendera sendiri. Kalau AMANAH nak join DAP biarkan depa sbb depa dah termkn budi dgn DAP.

    Pakat kerjasama dgn DAP, kwsn calon DAP utk cina shj. kwsan melayu melebihi 10% DAP jgn letak calon sbb disini kita akan tau DAP ni takda niat nak perintah melayu. Org naif je yg tak akn sedar DAP tu keras kepala nak jd abg besar. Pulau pinang pun dah pertahankan hak cina dan hak babi.
    Easa-rasanya bila BN tumbang DAP ni tak akan tuntut macam.macam dan ugut mcm2 drpd pakatan ni? Hanya yg bahalol shj akan pikir DAP ni suci dan ikhlas.
    Biar BN tumbang shj tak cukup, apa plan selepas tu mesti jelas !! supaya lbh ramai melayu akan sokong usaha ganti BN.

    ReplyDelete
  7. Bodoh punya artikel....pkr pan semua takut dgn dap. .hidung kena tarik..dap abg besar...jgn sebab dap bagi dedak semua benda nak digadai..sure tak keluar komen ni...

    ReplyDelete
  8. belum perintah malaysia, penang n selangor dh jd hub ternak babi..selangor yg DAP x total pegang pun dia boleh bg org lain kena ikut ckp dia.. tu mcmn plak??

    ReplyDelete
  9. Melayu..johor dibodohkan..umno..tunggu ape..dengan petualang dan pengkhianat....bajib

    ReplyDelete
  10. Klu kira bilangan kerusi memanglah Dap tak boleh perintah tapi parti yg bersama Dap tu yg jdi tukang angguk Dap. Skrng pun dah nampak dlm ph.

    ReplyDelete
  11. Fakta bukan auta...

    Sejak guna lrt di glenmarie ... kami jimat minyak, jimat parking kete, tak perlu bayar tol dan jimat mileage kete.

    ReplyDelete
  12. Selagi Tun gagal bw formula kurangkan keras kepala DAP, selagi itu tak akan dpt solid undi melayu.

    ReplyDelete
  13. Maka musim retorik kembali tiba..gamat berdentum PWTC dgn agenda. Isu RUU dan Rohingya walau basi di adun dalam ramuan , bagi mengh8ndar bau lendir hanyir 1mdb. Hidangan disaji Perwakilan disiram dedak. Bak ribut reda air longkang mengalir pulang, Janji kosong Melayu layu ulang tayang tahun depan

    ReplyDelete
  14. Sebaik je PH menang, DAp akan tuntut hak dan akta menguntungkan cina sbb itu perjuangannya. hidup mati DAP, MCA, GERAKAN, bergantung pd untungkan cina dan kuasai tanah melayu ini cara halus dan crook. Sifat cina dari dulu tak percaya dan tak suka tunduk pd bangsa lain. Bg cina bangsa mereka lebih mulia dan bangsa lain adalah hina.

    Falsafah cina mengajar mereka boleh berpura pura baik tapi dibelakang ada kemahuan lain demi kemenangan dan ini dah jadi mcm agama mrk bila berurusan sesama dan dgn org lain.

    Sepatutnya kita tumbangkan UMnO bukan BN dulu dan diganti dgn parti Bersatu atau PAS atau PKR dgn calon melayu yg lebih baik.

    Gantikan UmNO dgn parti melayu lain. Lots guna cara lebih selamat dan elak tipu daya cina MCA,DAP dan Gerakan. mrk adalah duri dlm daging. Jgnlah sebab nila UMNO setitik hancur kuasa melayu senegara. Tarik rambut dari tepung biarlah berhati hati dan berfikir panjang sbb inilah satu satunya negara melayu berdaulat yg tinggal. Indon dah jd negara sekular, Brunei sgt kecil bergntung kpd nasib melayu di Malaysia.

    ReplyDelete
  15. boleh sokong bn dgn syarat menteri kabinet kayu semua digugurkan.melayu tak kan mati tanpa umno bn.rezeki Allah bagi bukan bn.cukup cukuplah mengadai harta negara.penyamun perasuah wajip disingkirkan untuk generasi akan datang hidup dgn selamat dan bermakna.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com