innity

pages

Tuesday, November 8, 2016

Bajet 2017 diluluskan peringkat dasar, PAS berkecuali (kecuali Mahfuz) MALAM TADI


Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat, malam ini.
Seramai 117 ahli parlimen menyokong manakala 70 lagi menentang dan 11 lagi tidak mengundi apabila undian belah bahagian diadakan.
"Keputusan belah bahagian adalah seperti berikut, yang tidak mengundi 11 orang, yang tidak bersetuju untuk Rang Undang-undang dibacakan kali kedua, 70 orang, yang bersetuju untuk Rang Undang-Undang dibacakan kali kedua, 117 orang," kata Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Semua sebelas ahli parlimen yang berkecuali itu adalah dari PAS.
Parti itu mempunyai 14 ahli parlimen. Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengundi menentang belanjawan itu manakala presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) tidak hadir.
Ditanya mengapa mereka berkecuali, Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) berkata mereka mengambil pendirian tersebut kerana mereka bersetuju dengan perkara tertentu tetapi menentang elemen lain.
Bagaimanapun beliau berkata, mereka akan membincangkan apa tindakan yang perlu diambil apabila Bajet 2017 dibawa kepada pengundian peringkat jawatankuasa.
“PAS ambil sikap yang tersendiri. Ada perkara yang kami bantah dan kami sudah bantah dalam ucapan (perbahasan).
“Kita tak sokong termasuk isu GST (cukai barangan dan perkhidmatan). 1MDB sama juga.
“(Tapi) kita tidak mahu maksudnya menolak keseluruhan ada juga dalam bajet tu baik dan perlu sampai kepada rakyat seperti bahagian emolumen sebagai contohnya,” katanya. - MK

2 comments:

  1. "Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) berkata mereka mengambil pendirian tersebut kerana mereka bersetuju dengan perkara tertentu tetapi menentang elemen lain."

    Kalau mcm tu tak payah lah buat parti PAS ..ambik sikap berkecuali cukup lah..biar kan sahaja lah apa yg kerajaan buat pasal bukan semua yg kerajaan buat tu tak elok..tak gitu?

    ReplyDelete
  2. Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com