innity

pages

Thursday, November 3, 2016

Bagaimana NASIB MELAYU dan Bumiputera jika CHINA KUASAI KHAZANAH NEGARA? - Hayati Lagu Anak Kecil Main Api


Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke China selama enam hari bermula Isnin menimbulkan kegusaran dan keresahan di hati rakyat, lebih-lebih lagi apabila banyak laporan membayangkan seolah-olah Malaysia akan tergadai dan terjual kepada negara Tanah Besar itu.
Terkini, media melaporkan sempena lawatan Najib, syarikat-syarikat kedua-dua negara telah memeterai 14 perjanjian bernilai RM114 bilion. 
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Haji Aminuddin Yahaya mendesak agar Najib memperjelaskan secara terperinci hasil perbincangan yang dilakukan dengan pimpinan China.
Banyak persoalan yang bermain dalam kepala rakyat yang mesti dijawab oleh Perdana Menteri agar kelak kita tidak menumpang di negara sendiri,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb hari ini.
Katanya, Najib perlu memberitahu apa keuntungan yang negara dan rakyat akan peroleh hasil kerjasama yang dilakukan oleh kedua-dua negara.
Najib perlu menyatakan senarai nama projek yang telah diberikan kepada syarikat China dan berapa jumlahnya.
“Selain itu, nyatakan juga hartanah mana yang dikatakan telah dijual kepada syarikat China.
Dan kenapa China secara tiba-tiba begitu dominan dalam perbincangan ekonomi dan penguasaan mereka terhadap pembangunan negara? Kenapa tidak Jepun, Korea atau negara-negara lain?,” soalnya.
Selain itu Haji Aminuddin berkata, Najib harus memberitahu rakyat faedah pelantikan Eksekutif Alibaba, syarikat e-dagang terbesar di China, Jack Ma sebagai penasihat.
Dalam bidang apa Jack Ma akan diberi tugas? Berapa RM yang akan dibayar kepadanya, dan apa peranan Jack Ma kelak dalam menentukan polisi negara?,” soalnya lagi.
Selain itu beliau berkata, Najib perlu menjelaskan bagaimana negara akan mengatasi lambakan imigrasi orang dari tanah besar China ke negara ini.
Adakah mereka akan diberikan PR atau kerakyatan di masa hadapan? Ini kerana ketika ini difahamkan puluhan ribu rakyat China sudah masuk ke negara tetapi tidak dapat dikesan.
Bayangkan apa akan berlaku pada demografi penduduk Malaysia kelak jika berlaku lambakan orang China,” katanya.
Haji Aminuddin turut mendesak Najib untuk memberi jaminan dengan nasib dan masa depan orang Melayu dan Bumiputera sekiranya hubungan dengan China tetap dimeterai.
Apakah nasib Melayu dan Bumiputera nanti jika China sudah menguasai segalanya khazanah negara? Adakah kita kekurangan orang tempatan untuk menguruskan ekonomi negara?,” soalnya. - ismaweb



6 comments:

  1. air mata aku jatuh ke pipi tanpa aku sedar apabila dengar lagu warisan
    dulu lagu ini aku sentiasa nyanyi dengan bersemangat
    aku ingin kata aku ini UMNO dulu, kini dan selamanya TETAPI hati aku menolak, selagi Najib dan menteri2 penjilat kejahatan kekal disitu aku tidak mampu teruskan,
    maafkan aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada apa yang nak dimaafkan.

      Sedangkan mereka tersenyum riang kerana perot kenyang dan pocket penoh wang sedangkan rakyat kesempitan!!

      DO whatever need to be done demi Negara dan Bangsa!!

      Delete
  2. Rakyat malaysia dan wakil rakyat dah kena raduah najib bn umno

    Rakyat jadi hamba najib umno bn

    Rakyat lupa selesa dibodohkan dihamvakan dengan segala jenis akta..rasuah..skandal..

    Bajib umno bn..poya poya habiskan duit rakyat

    Indonesia dah demonstrasi

    Bila malaysia?
    Bika malaysia?

    Keris pahang

    ReplyDelete
  3. Dalam PRU 14 nanti kita beramai ramai tolak Najib dan BN... drp pengundi BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju dengan ko..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com