innity

pages

Wednesday, November 23, 2016

Anggota Polis DITEMBAK disyaki oleh warga AFRIKA


Petaling Jaya: Anggota polis cedera di paha kiri selepas ditembak penjenayah di Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara, disini, hari ini.
Kejadian apabila anggota yang bertugas di Unit Rondaan Cegah Jenayah Balai Polis Sri Damansara, di sini, sedang mengejar Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan yang dinaiki tiga lelaki disyaki warga Afrika, pada 6.30 petang.




Sumber-sumber polis berkata, ketika anggota peronda sedang mengejar suspek, seorang daripada tiga suspek menembak anggota polis dan mengenai paha kiri mangsa.
"Suspek berjaya melarikan diri ke seberang jalan dan kenderaan yang dinaiki suspek ditinggalkan di lampu isyarat kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.
“Anggota polis berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Mohd Ali Thamby ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - myMetro


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com