innity

pages

Monday, November 14, 2016

Analisa VIDEO gerak perlahan bagaimana hidung Jamal berdarah


Rakaman ini mungkin boleh rungkai apa sebenarnya yang berlaku.

Detik demi detik memperlihatkan bagaimana hidung Jamal berdarah.

Darah meleleh dari hidung pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas kumpulannya cuba mendekati penyokong PKR di pusat beli-belah Ampang Point di Kuala Lumpur semalam.

Berlaku pergelutan selepas beliau disekat oleh polis.


Dalam keadaan tegang itu, beliau kedengaran menjerit “polis tumbuk saya” berkali-kali.

Selepas itu, beliau memberitahu pemberita bahawa diserang oleh “budak” anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, walaupun laporan polisnya hanya menyebut seseorang yang memakai kemeja-T BERSIH.

Lebih mengelirukan, Jamal hari ini berkata kata-katanya semalam bermaksud beliau meminta laluan untuk mengejar pihak yang telah menumbuknya dari arah belakang.

Bagaimanapun, semakan terhadap rakaman KiniTV, menunjukkan bagaimana pertembungan fizikal berlaku di muka Jamal ketika pergelutan semalam.

Kesannya juga dilihat agak kuat sehingga kaca matanya terangkat selepas kejadian.

Pembaca boleh melayani video ini untuk menilai sendiri keadaan sebenar.


3 comments:

  1. Kat astro awani dia spin juga bila ditanya siapa tumbuk dia..haha nampak sangat dia tukar statement "polis tumbuk aku" kononnya dia sebenarnya memberitahu polis yang dia ditumbuk...spin tak menjadilah jamal oi...yg ni paling kalakar

    ReplyDelete
  2. Jamal ni bodoh. Tengok muka dia pun satu malaysia tau dia bodoh. Bekas tokan dan meniaga pun melingkup. Ada kes meraba perempuan dan banyak hal lagi. Dia pasti buat silap dan kes hidung dia ni adalah permulaannya. Allah swt maha kaya. Kita sabar je. Insyaallah lagi banyak silap dia akan buat. Kita mohon kat Allah je. Nak harap polis, patutnya lama dah kena simpan kat dalam. Pasal tanpa jamal yg upah budak melayu ni, takkan ada kumpulan merah.

    ReplyDelete
  3. Perlukah layan nyamuk dah kenyang yg seekor ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com