pages

Friday, October 21, 2016

VIRAL VIDEO Jamal mengimamkan solat Asar selepas dibebaskan


Jamal mengimamkan solat Asar selepas dibebaskan daripada tahanan reman 2 hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.




Video ini telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, antaranya:

Datuk Athif Tidak memperlihatkan syaksiyah(keperibadian) Islam... apa solat (kalau betul solat lah) telah dapat membentuk manusia biadap macam ni... moga Allah zahirkan kekuasaanNya ke atas orang2 ini..

Zack Mahmood Aiiikkkk, lepas "declare war" sembahyang pulak. . . ., ini macam ISIS aje!

Brandon Ong Tipu lah....langsung tak percaya. Kalau betul bertaubat dan insaf dan pergi sembahyang saya ok. Tapi ini saja nak wayang lepas tu pergi buat jahat tak payah lah. Human cannot change overnight and we are not stupid.


Irwan Irfan Dasyat...terbaik la,moga lepas ni tak melalak lagi d jalanan..elok senyap2 d masjid surau..ajak anak2 muda sekali dato,ianya lagi berfaedah..pahala pon dpt..yg pastinye kalau mati insyallah syurga..tp kalau mati mempertahankan bangsa,tiada hadis dan dalil masuk syurga...

Robert Leong Ho Fook Yang memakai cermin mata hitam .... smartlah walaupun semasa nak sembayang.

Shahrizan Salian Ibadat orang pun nak dijadikan senjata propaganda ya FMT? Aku pun benci dua-dua Kuning dan Merah tapi tak perlu kot buat klip beberapa saat yang nak mengundang komen tak perlu daripada orang ramai. Memang lidah syaitan.


Jangan Lebih Lajak Daripada Laju


Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Setiap insan ada kelemahan yang tersendiri. Sedikit ataupun banyak. Dosa ada berbagai jenis, kecil dan besar. Seorang insan biasanya tidak dapat lari dari jatuh ke dalam daerah-daerah dosa. Sama ada yang besar atau yang kecil. Jika tidak dosa itu pada tindakan atau perbuatan anggota badan, ia kadang-kala pada jantung hati dan perasaan seperti takabur, riyak, buruk sangka dan berbagai lagi.
Tiada anak Adam yang suci tanpa disentuh oleh dosa. Bak kata Nabi s.a.w:
“Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat”.(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).
Cumanya, atas rahmat Allah, Dia menutup kelemahan kebanyakan insan. Maka tampillah insan itu tampak bersih dan suci pada sangkaan manusia, namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui mengenai hakikat diri seseorang.
Sebab itu, insan bukan sahaja disuruh selalu beristighfar dan bertaubat untuk kesalahan dirinya, tetapi juga jangan menghukum kedudukan syurga dan neraka orang lain secara putus. Kita mungkin boleh menyatakan ini perbuatan dosa, ini pula perbuatan pahala. Orang ini berakhlak baik, orang itu berakhlak buruk. Orang ini menzahirkan maksiat, orang itu menzahirkan ibadah. Sekadar itulah penilaian. Namun, untuk menyatakan si fulan itu pasti ahli neraka, atau si fulan itu pasti ahli syurga, maka untuk bukan urusan kita.
Dosa Pahala
Hanya Allah dan rasulNya yang berhak. Kita tidak pasti melainkan apa yang zahir seperti jika seseorang mati dalam kekufuran setelah datang kepadanya penerangan iman dan Islam yang secukupnya, atau mati dalam maksiat yang jelas. Maka nas al-Quran dan Sunnah menyatakan dia ahli nereka. Itupun hanya pada penilaian zahir sahaja, mungkin dia bersyahadah sendirian sebelum menemui Allah, kita tidak tahu.
Pelaku maksiat juga demikian, pada zahirnya maksiat adalah faktor yang membawa seseorang ke neraka. Namun, kita tidak tahu, mungkin seseorang itu di samping maksiatnya, ada kebaikan yang dibuat yang mungkin mampu memadamkan dosanya di sisi Allah. Mungkin juga dia bertaubat tanpa kita tahu. Hanya Allah yang menentukan kedudukannya. Ini tidak menghalang kita untuk menyatakan yang salah itu salah, dosa itu dosa.
Kita akan membantah kemaksiatan yang dilakukan kerana itu tanggungjawab agama, namun kita tidak akan melaknat individu berkenaan dan menentukan dia semestinya ahli neraka. Fanatik dan permusuhan yang melampaui batas, kadang-kala menyebabkan seseorang terlajak dalam menghukum orang lain.
Inilah yang berlaku di kalangan golongan Khawarij yang me’neraka’ seseorang hanya kerana satu dosa. Inilah juga yang berlaku dalam golongan fanatik agama dalam berbagai aliran dan kepartian yang me‘neraka’kan orang lain hanya kerana satu dosa yang dicanangkan. Padahal sepatutnya, memadai dengan menegur dan menghalang kesalahan atau dosa, namun jangan membuat keputusan tentang kedudukannya di sisi Allah.
Jangan melampau dalam menghukum orang lain. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini.
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”.(Riwayat al-Bukhari)
Bagaimana mungkin orang yang meminum arak boleh mencintai Allah dan RasulNya?. Tidakkah Rasulullah s.a.w sendiri bersabda:
“Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, membelinya, pemerahnya, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

- Gambar Hiasan
Jawapannya, bukan semua yang meminum arak atau apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasulNya. Maksiat adalah dosa dan kelemahan dirinya. Namun tidak semestinya, pelaku maksiat membenci Islam. Maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya.
Betapa ramai insan yang nampak peribadinya lemah, tetapi jiwanya masih sayangkan Allah dan rasulNya, sayangkan Islam dan marah jika Islam dan kaum muslimin dihina dan dianiayai. Ya, Rasulullah s.a.w melaknat peminum arak dan yang terlibat dengannya. Pelaknatan itu secara umum, namun apabila penentuan secara individu maka penilaian khusus hendaklah teliti. Setiap insan mempunyai latar dan situasi yang berbeza. Maka kita jangan ‘terlebih lajak daripada laju’.
Di sebalik itu, orang zahirnya beramal dengan amalan agama maka pada zahir dia beramal dengan amalan ahli syurga. Namun kita tidak tahu niatnya; ikhlas atau riyak, atau tujuan tersembunyinya. Kita tidak tahu jiwanya; bongkak atau tawaduk, tauhid atau syirik. Di mana kesemua itu faktor yang mengheret seeorang ke neraka. Mungkin juga ada dosa atau kezalimannya terhadap insan lain sehingga Allah mengambil segala pahalanya sebagai gantian.
Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda :
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka”(Riwayat Muslim).
bankruptfinal.jpg
- Gambar Hiasan
Ini bukan perkara pelik, ada orang yang kadang-kala berzikir dan bertahmid sebelum berucap atau berceramah, namun apabila habis dia berzikir dan bertahmid, dia memaki hamun orang lain bagaikan tiada sempadan agama.
Rahsia
Kehidupan sangat luas. Kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. Kita menyokong dan membantunya.
Namun kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi, kita tidak tahu setiap perkara di sebalik tabir kehidupannya. Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para nabi, orang-orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan nereka oleh Allah dan rasulNya seperti Iblis, syaitan, Fir’aun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.
Orang yang Allah dan rasulNya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus. Urusan setiap insan dengan Tuhannya.
Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.

34 comments:

  1. zaman kerajaan NR semua rakyat terpaksa menunjuk-nunjuk..
    Ikhlas atau wayang NR peduli apa. Siapa yang suka menunjuk-nunjuk, dia lah yang terbaek konon..

    ReplyDelete
  2. solat asar pun nak di viralkan? next time imamkan solat subuh ke, maghrib or isyak.. baru dengar bacaan surahnya..

    ReplyDelete
  3. Orang solat pown nak dipertikaikan... subhanallah... xpela...at least die solat gak.... yg korg yg dok gegak gempita kat laman sosial tu belom tentu solatnya

    ReplyDelete
  4. Why people still make use of to read news papers when in this technological world all
    is existing on net?

    ReplyDelete
  5. I will right away grab your rss feed as I
    can't to find your email subscription hyperlink or e-newsletter service.
    Do you have any? Please allow me realize so that I could
    subscribe. Thanks.

    ReplyDelete
  6. This post gives clear idea designed for the new users of
    blogging, that actually how to do blogging.

    ReplyDelete
  7. Pretty section of content. I just stumbled upon your weblog and in accession capital to assert that I get actually
    enjoyed account your blog posts. Any way I will be subscribing to your feeds and even I achievement you access consistently fast.

    ReplyDelete
  8. Do you have a spam problem on this website; I also
    am a blogger, and I was curious about your situation; we
    have created some nice procedures and we are looking to swap strategies with
    other folks, please shoot me an e-mail if
    interested.

    ReplyDelete
  9. Hey just wanted to give you a quick heads up.
    The words in your article seem to be running off the screen in Ie.

    I'm not sure if this is a format issue or something to do with browser compatibility
    but I figured I'd post to let you know. The design look great though!
    Hope you get the issue resolved soon. Kudos

    ReplyDelete
  10. Thanks in support of sharing such a pleasant thought,
    paragraph is good, thats why i have read it completely

    ReplyDelete
  11. I have read so many posts concerning the blogger lovers except
    this piece of writing is in fact a good paragraph, keep it
    up.

    ReplyDelete
  12. Wonderful web site. Lots of helpful information here.

    I'm sending it to some pals ans also sharing in delicious.
    And certainly, thank you in your sweat!

    ReplyDelete
  13. If you are going for finest contents like I do, just go
    to see this web site everyday for the reason that it gives feature contents, thanks

    ReplyDelete
  14. I visited various web pages however the audio quality for audio songs existing at this web site
    is in fact wonderful.

    ReplyDelete
  15. I am truly pleased to glance at this website posts which carries plenty
    of valuable information, thanks for providing these kinds of data.

    ReplyDelete
  16. You can definitely see your skills in the work you write.
    The arena hopes for even more passionate writers
    such as you who aren't afraid to mention how they believe.
    At all times go after your heart.

    ReplyDelete
  17. Why visitors still make use of to read news papers when in this technological world all is accessible on net?

    ReplyDelete
  18. Hi, i believe that i saw you visited my blog thus i came to go
    back the prefer?.I am trying to find things to improve my website!I assume
    its ok to make use of a few of your ideas!!

    ReplyDelete
  19. I love it when people come together and
    share ideas. Great site, stick with it!

    ReplyDelete
  20. Having read this I thought it was extremely enlightening.

    I appreciate you finding the time and effort to put this
    informative article together. I once again find myself personally spending a lot of time both reading and leaving comments.

    But so what, it was still worthwhile!

    ReplyDelete
  21. Thanks , I've recently been searching for information about
    this subject for a while and yours is the best I've came upon till now.
    However, what concerning the conclusion? Are you positive concerning the supply?

    ReplyDelete
  22. Greetings from Colorado! I'm bored to tears at work so I decided to browse your
    blog on my iphone during lunch break. I enjoy the information you
    provide here and can't wait to take a look when I get home.
    I'm amazed at how fast your blog loaded on my phone .. I'm
    not even using WIFI, just 3G .. Anyways, superb
    site!

    ReplyDelete
  23. Hi there! This is my first visit to your blog!
    We are a collection of volunteers and starting a new project in a
    community in the same niche. Your blog provided us valuable information to work
    on. You have done a extraordinary job!

    ReplyDelete
  24. Do you have any video of that? I'd want to
    find out some additional information.

    ReplyDelete
  25. This is a topic that is near to my heart... Take care!
    Exactly where are your contact details though?

    ReplyDelete
  26. Outstanding story there. What happened after? Thanks!

    ReplyDelete
  27. Just desire to say your article is as amazing. The clarity
    in your post is simply excellent and i could think you're an expert on this subject.
    Well together with your permission let me to grasp your RSS feed to keep updated
    with impending post. Thanks a million and please continue the gratifying work.

    ReplyDelete
  28. Hi! Someone in my Myspace group shared this site with us so I came to give it a look.
    I'm definitely loving the information. I'm bookmarking and will be tweeting this to my followers!

    Superb blog and brilliant design.

    ReplyDelete
  29. I love it when people come together and share views.

    Great website, keep it up!

    ReplyDelete
  30. I seriously love your website.. Great colors & theme.
    Did you make this amazing site yourself?
    Please reply back as I'm attempting to create my own blog and would like to know where
    you got this from or exactly what the theme is called.

    Thank you!

    ReplyDelete
  31. I like the valuable info you provide in your
    articles. I'll bookmark your weblog and check again here frequently.
    I'm quite sure I'll learn plenty of new stuff right here!

    Good luck for the next!

    ReplyDelete
  32. If some one needs expert view about running a blog
    then i advise him/her to visit this webpage, Keep up the fastidious work.

    ReplyDelete
  33. I quite like looking through an article that will make people
    think. Also, thanks for permitting me to comment!

    ReplyDelete
  34. I always spent my half an hour to read this blog's articles or reviews everyday along with a cup of coffee.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com