innity

pages

Monday, October 10, 2016

VIRAL Pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh pula AKAN KELUAR PARTI


MUAR: Pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed menyangkal dakwaan bahawa beliau akan keluar parti, seperti yang diviralkan dalam media sosial sejak  Jumaat lepas.
"Ia (dakwaan) tidak betul. Ini adalah usaha pihak yang terdesak setelah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gagal mendapat sokongan daripada orang Pagoh," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp, Isnin.
Ismail yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), Bukit Serampang dilaporkan oleh sebuah blog sebagai individu yang bakal dilantik menjadi pengerusi PPBM Johor.
Menurutnya, beliau kesal dengan pihak yang sanggup menggunakan cara yang kotor bagi mencari pengaruh.
"Saya ingin menegaskan, Umno Bahagian Pagoh tetap akan terus berbakti kepada rakyat," katanya. - mStar

1 comment:

  1. Berbakti pada RAKYAT atau BERBAKTI PADA NAJIB......?????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com