innity

pages

Monday, October 17, 2016

[VIDEO] Shafie Apdal umum ROS LULUS penubuhan parti baharu Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini


Shafie Apdal umum penubuhan parti baharu Sabah, Parti Warisan Sabah (Warisan) yang telah mendapat kelulusan ROS hari ini.


Putrajaya: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal mengumumkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) sebagai nama parti baru yang diambil alih daripada Parti Pembangunan Warisan Sabah (PPWS).
Menurutnya, kelulusan penukaran nama dan logo parti itu diberikan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Khamis lalu.
"Parti ini akan diterajui saya sebagai Presiden, manakala Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darrel Liking dilantik sebagai Timbalan Presiden.
"Selain itu, tiga Naib Presiden turut dilantik iaitu Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sulabayan, Datuk Dr Jaujan Sambakung; ADUN Likas, Junz Wong dan Presiden Pertubuhan Kadazan, Dusun, Murut Malaysia, Datuk Peter Anthony," katanya ketika ditemui di ibu pejabat ROS di sini, hari ini.
Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, PWS kini menggunakan logo kapal layar yang bermaksud harapan kepada rakyat dan parti ini akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Kehadiran beliau ke ROS bagi menyelesaikan beberapa lagi perkara termasuk pindaan terhadap nama dan logo parti itu, serta perlembagaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com