innity

pages

Tuesday, October 4, 2016

[VIDEO] PAS dan BERSATU berkerjasama, makin kejung la UMNO


Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di Himpunan Harapan Semua, PAS Ganti Umno (PGU) HARAP 3.4, di Kemensik, Kemaman, Terengganu, menyatakan usaha ke arah kerjasama BERSATU (PPBM) dengan PAS sedang berjalan.

"Sebelum saya gerakkan BERSATU, saya runding dua kali dengan Datuk Mustafa Ali (Pengarah Pilihan Raya PAS). Saya jumpa dengan (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presien PAS) dan saya juga berunding Tuan Guru Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beberapa minggu lepas.
"Saya rasa peringkat pertama pertemuan antara BERSATU dengan PAS jelas terbukti minat untuk bersama-sama bergabung dalam satu pakatan untuk tentukan banyak kawasan yang bakal kita tandingi adalah 'satu lawan satu'," Jelas Tan Sri Muhyiddin.
Beliau yakin PPBM boleh memainkan peranannya membantu PAS dan Pakatan Harapan (PH), agar bekerjasama menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.
"Saya nak alu-alukan kerjasama (antara PAS) dengan parti-parti pembangkang termasuklah BERSATU, kami bersedia untuk duduk bersama-sama.
"BERSATU bersedia untuk bersama-sama dalam apa jua keadaan sekalipun. BERSATU mengharapkan kerjasama PAS, adalah kerjasam antara dua hubungan parti yang paling kami hargai," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com