innity

pages

Saturday, October 8, 2016

Universiti Gordon TIDAK WUJUD di alam nyata: Hari Ini Bayar, Esok Sijil Sampai Rumah

Sekarang ini nama Universiti Gordon cukup panas dan menjadi bualan. Ada yang kata Universiti Gordon ini sebuah universiti yang legit tetapi ramai yang menyangkal kredibiliti universiti ini sendiri.
Sebelum itu, mari kita lihat penerangan Universiti Gordon ini terlebih dahulu. Menurut apa yang tertulis dalam laman rasmi universiti ini, matlamat Universiti Gordon adalah untuk menyediakan ‘pelajaran yang mampu milik’ untuk semua peringkat masyarakat. Adakah ‘mampu milik’ ini bermaksud ianya boleh dibeli?
Melalui pelbagai forum luar negara, ramai yang beranggapan Universiti Gordon ini adalah sebuah instituisi yang tidak boleh dipercayai ataubogus.Dan lebih menakutkan, ada syarikat di luar negara yang kerjanya hanya membuat replika sijil universiti terkenal luar negara antaranya University of Southampton, Salford University, University of Hertfordshire dan universiti terkenal seperti Oxford and Cambridge.
Berapakah bayaran untuk anda mendapatkan skrol ini secara pantas? Hanya 1000 pound (lebih kurang RM5000) dan terus anda menjadi seorang Doktor Falsampah..Maaaf Doktor Falsafah dengan sekelip mata! Hebat. Jika anda bernasib baik, boleh dapat yang lebih murah keluaran China. Keseronokkan beli anugerah ini ialah anda tidak perlu susah-susah untuk membuat thesis. Tidak seperti pelajar legit lain yang berhempas pulas tidak tidur siang malam menyiapkan thesis mereka.
Berbalik kepada Universiti Gordon ini, anda dah cuba buka website universiti ini? Kalau belum boleh lihat pada gambar di bawah. Layout laman utama Universiti Gordon ini sungguh sedih dan tidak mencerminkan universiti ini sebuah universiti yang berprestij. Sekali tengok anda dah ragu-ragu, lagikan mahu claim anda graduan dari universiti ini.

Dan melalui siasatan pihak Pseudoscience Watch yang power, sebuah lagi universiti, Universiti Crown menggunakan layout yang sama dan sebijik macam Universiti Gordon! Aduh, kalau nak menipu pun, ubahlah layout sedikit bagi nampak lain. Tak profesional langsung.

Dan melalui perkongsian saudara Adam Yahiya pada page Psudoscience Watch, tidak wujud langsung Universiti Gordon di Bradenton, Florida. Universiti yang ada dengan nama Gordon hanyalah di Massachusetts (Gordon College), Georgia (Gordon State College) dan Robert Gordon University di Scotland. CHECK MATE.
Tidak wujud Gorodn University, tetapi hanya ada Gordon College
Salah satu cara lagi untuk untuk check kesahihan Ph.D seseorang individu ialah dengan cara mencari thesis mereka. Anda hanya perlu taip nama penuh individu itu beserta nama universiti tempat beliau belajar. Kebiasaannya akan muncul thesis yang individu itu tulis untuk subjek Ph.D nya itu.
Jadi di sini sudah tersedia bukti Universiti Gordon ini adalah sebuah institusi yang palsu. Ini baru satu. Ada banyak lagi universiti bogus di luar sana. Asal anda ada wang, semua boleh cerita. Jadilah seorang insan yang bermaruah dan jangan beli title anda. Susah nanti bila dah ‘kantoi’ kena buat penipuan baru untuk kambus penipuan lama. Renung-renungkan dan selamat belajar sehingga ke peringkat tertinggi!
P/S :Respect is earned, not given. - http://www.thevocket.com/


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com