innity

pages

Monday, October 10, 2016

[TINDAKAN KEBUDAK-BUDAKAN] Gambar Tun M, Mukhriz diturunkan Umno Langkawi?


ALOR SETAR – Gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai diturunkan daripada Bangunan Umno Langkawi.

Perkara itu diviralkan di akaun Facebook ‘Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad’ sejak kelmarin dengan perkongsian 218 pengguna setakat jam 3.58 petang, semalam.

Viral itu menunjukkan gambar Tun Mahathir dan Mukhriz diturunkan daripada koleksi pemimpin Umno yang pernah menjawat sebagai Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah.

Kebanyakan netizen mengecam tindakan itu dengan menyifatkan ia sebagai keterlaluan apabila cuba menghapuskan sejarah yang berkaitan dengan Tun Mahathir.

Terdapat juga netizen yang mendakwa ia kemungkinan disebabkan Tun Mahathir dan Mukhriz tidak lagi bersama Umno apabila membentuk parti Bersatu.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang arahan untuk menurunkan gambar Tun Mahathir dan Mukhriz daripada koleksi di bangunan berkenaan.

“Saya tak perasan pula gambar mereka diturunkan sebab saya belum masuk pejabat (Umno). Mungkin mereka nak cuci tempat itu dan turunkan gambar itu sementara.

“Saya akan periksa perkara ini, tapi memang tak ada arahan yang meminta supaya gambar Tun Mahathir dan Mukhriz diturunkan,” katanya.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, pemimpin berkenaan merupakan sebahagian daripada sejarah Malaysia dan tidak ada keperluan untuk digugurkan gambar mereka.

4 comments:

  1. ITU LAH PERANGAI MANUSIA DI AKHIR ZAMAN......HANYA MENUNGGU HARI KIAMAT

    ReplyDelete
  2. UMNO lg nampak tandus, usang dan lapuk. Makin meluat kita sebagai rakyat tgk perangai mereka2 ni. Memang patut di tolak dari memimpin kerajaan Msia.

    ReplyDelete
  3. ahli parlimen langkawi tidor.. apa pun tak tahu..dedak man

    ReplyDelete
  4. Gmbr pengasas umno x dturunkan plak kan kluar parti n tubuh parti lain? Klau nk bersih knapa gmbr tertentu ja drurunkan, alasan x lojik....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com