innity

pages

Sunday, October 9, 2016

Tiga atlet Paralimpik Rio 2016 kini 'sah' bergelar JUTAWAN


Tiga atlet Paralimpik Rio 2016 kini sah bergelar jutawan selepas menerima ganjaran atas kejayaan mereka mengharumkan nama negara di pentas dunia.
Mereka Abdul Latif RomlyMuhammad Ziyad Zolkefli dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung di Kuala Lumpur, malam tadi.
Abdul Latif dan Myuhammad Ziyad muncul penerima ganjaran tertinggi berjumlah RM1.05 juta selepas masing-masing meraih pingat emas.
Selain memenangi pingat emas, kedua-dua mereka turut mencipta rekod baru kejohanan dan rekod baru dunia dalam acara masing-masing iaitu Lompat Jauh dan Lontar Peluru kategori F20 yang melayakkan mereka menerima imbuhan tambahan berjumlah RM50,000 secara keseluruhannya.
Bagi pemenang pingat emas acara 100 meter T36, Mohamad Ridzuan pula menerima RM1.02 juta yang turut menyaksikan atlet kelahiran Perlis itu menerima insentif tambahan berjumlah RM20,000 selepas berjaya memperbaharui rekod Paralimpik.
Selain itu, Shakam turut disampaikan kepada jaguh Olimpik Rio 2016 yang berjaya menghadiahkan pingat untuk negara.
Jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei yang menyumbang pingat perak di Rio menerima RM500,000, manakala pasangan beregu lelaki, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying serta gandingan terjun 10 meter platform seirama, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong masing-masing menerima RM350,000.
Pemenang pingat gangsa acara keirin Sukan Olimpik Rio, Azizulhasni Awang menerima RM300,000, manakala Siti Noor Radiah Ismail yang menyumbang gangsa dalam acara lompat jauh T20 turut menerima RM300,000 dengan insentif tambahan sebanyak RM200,000 sumbangan Kementerian Belia dan Sukan.
Sementara itu,‎ menerusi Skim Galakan Jurulatih (SGAR), setiap jurulatih yang membantu atlet meraih pingat turut menerima 30 peratus daripada nilai insentif Shakam yang menyaksikan tambahan 10 peratus adalah pemberian khas untuk temasya kali ini sahaja.
Shakam Majlis Sukan Negara (MSN) diwujudkan sejak1986 bagi memberi dorongan kepada atlet, jurulatih dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) agar meningkatkan prestasi di peringkat antarabangsa khusus di temasya sukan Olimpik dan Paralimpik, Komanwel, Asia dan SEA serta kejohanan individu peringkat Dunia dan Komanwel serta Asia. - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com