innity

pages

Monday, October 17, 2016

[TIDAK TERIMA NOTIS PENGGANTUNGAN KERJA] Pengarah Jabatan Air Sabah kembali bertugas


Di sebalik dakwaan salah guna kuasa dan siasatan rasuah membabitkan RM3,3 bilion, Pengarah Jabatan Air Sabah dilaporkan akan memulakan tugasnya seperti biasa hari ini.
The Star memetik peguam PJ Pereira yang berkata anak guamnya memberitahu bahawa beliau masih belum menerima sebarang notis penggantungan kerja dan oleh itu, akan kembali bertugas.
Semalam, pengarah berusia 54 tahun itu dibebaskan dari lokap polis Kepayan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membenarkannya diikat jamin dengan RM500,000 dan dua penjamin.
Beliau juga diarahkan untuk melaporkan diri kepada SPRM Sabah setiap bulan.
Pengarah itu bersama timbalannya dan dua yang lain ditangkap pada 4 Oktober lalu berhubung siasatan SPRM ke dalam penyelewengan peruntukan persekutuan untuk projek bekalan air bersih sejak 2010.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana akitiviti pengubahan wang haram.
Menurut The Star, perintah reman selama dua minggu untuk timbalan pengarah berusia 52 tahun, seorang ahli perniagaan dan seorang akauntan syarikat tamat esok.
Dalam kes yang melibatkan rampasan tunai terbesar SPRM, seorang penasihat berusia 62 tahun kepada Kementerian Kewangan Sabah juga menjadi suspek kelima ditahan.
Lelaki itu yang ditahan di pejabatnya awal minggu lalu dilaporkan adalah timbalan pengarah Jabatan Air Negeri yang bersara tahun lalu dan kemudiannya dilantik sebagai penasihat dalam hal-hal teknikal dan kejuruteraan.
SPRM dalam serbuannya berjaya merampas wang berjumlah hampir RM53 juta daripada pengarah dan timbalannya. Selain itu turut dirampas adalah sembilan kereta mewah, jam tangan berjenama, 127 geran tanah dan 94 beg tangan.
Sejak tangkapan itu, 82 orang termasuk kontraktor, keluarga dan anggota jabatan berkenaan telah disoal-siasat. - MK

1 comment:

  1. ini yg dinamakan undang2 yg adil..terbaeekkkssss!!!

    kembalilah kpd undang2 islam..ianya adil utk semua bangsa / agama..itu janji Allah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com