innity

pages

Thursday, October 13, 2016

[TERBAIK] Selepas keluar UMNO 2 Okt lalu, Akhirnya Ezam SERTAI Parti Pribumi Bersatu



KUALA LUMPUR: Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor, kini sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menjelaskan, telah mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan penyertaannya ke dalam parti itu.

"Saya bertemu Dr Mahathir pada Selasa dan menyerahkan borang keahlian kepada Muhyiddin pagi semalam (Rabu)," kata bekas pemimpin PKR itu kepada Astro AWANI.

Mohamad Ezam, 49, sebelum ini lantang menentang pentadbiran Dr Mahathir sejak era reformasi pada 1998 selepas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipecat sebagai timbalan perdana menteri.


Beliau yang merupakan orang kanan kepada Anwar itu meninggalkan PKR dan menyertai UMNO pada Mei 2008 untuk bersama-sama berkempen menentang pembangkang.

Namun, baru-baru ini beliau memilih untuk keluar UMNO dengan alasan parti itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang rasuah.

Katanya, keputusan berkenaan dibuat bagi mempertahankan prinsip perjuangannya sekaligus melakukan perubahan di negara ini.

Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Anwar ketika pemimpin pembangkang terbabit berada dalam kerajaan.

Ekoran penyingkiran Anwar, Mohamad Ezam menyertai gelombang reformasi dan pernah menjadi Ketua Pemuda PKR antara 1999 dan 2005.

Beliau yang selalu dikenang dengan kisah memiliki kotak-kotak berisi rahsia kerajaan menyertai UMNO sebagai ahli seumur hidup ketika parti itu dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, kira-kira setahun kemudian, Ezam menafikan memiliki kotak rahsia berkenaan.

Mohamad Ezam kemudian dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada Mei 2010 selain dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pada 2014 di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

4 comments:

  1. BURIT BAU BUSUK TAPI TETAP DI CIUM DI JILAT.. BEGITULAH SEUMPAMA EZAM... BOHONG BOHHONG BOHONG..JER MAMAT NIEH

    ReplyDelete
  2. Biasalah Ezam kat suka melompat. Mungkin selepas Tun M kata TSMY tak layak jadi PM, dia pun cubalah. Kalau tak boleh jadi PM dapat jadi Menteri pun jadilah. Tahniah Ezam.

    ReplyDelete
  3. Tahniah en ezam

    Keris pahang

    ReplyDelete
  4. Mcm infomer umno je ezam ni...harap kau ikhlas dan bkn najib hantar kau ke bersatu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com