innity

pages

Monday, October 10, 2016

[TAHNIAH KPN] Polis Akan Siasat Kenyataan Berbaur Hasutan Di FB 'JAMAL'


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan tegas dan segera akan diambil terhadap pemilik laman Facebook menggunakan nama 'Dato Jamal Yunos' yang memuat naik kenyataan berbaur hasutan berhubung Perhimpunan Bersih 5.0.

"Kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima. Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas dan segera," katanya dalam akaun Facebook miliknya pada Ahad malam.

Beliau berkata demikian terhadap status menghasut yang didakwa dimuat naik oleh Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunus.

Pada 21 September lepas, pukul 8.10 malam, Jamal dalam akaun Facebook dipercayai miliknya, dikatakan memuat naik status berbunyi: "Saya berjanji tragedi 13 Mei akan berulang dan parang terbang akan terjadi jika Bersih 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan  perhimpunan#Bersih5 yang dijadualkan pada 19 Nov ini. Hidup Melayu !".

Bagaimana pun Jamal menafikan memuatnaik kenyataan tersebut dari akaun Facebooknya.

"Akaun tak betul. Laporan polis akan dibuat ," katanya.

4 comments:

  1. Parang Terbang oleh Pencacai dan pemakan dedak Jibo!!

    Jibo pulak Duit Bebillion2 Dolar Terbang masok akaun peribadinya!!

    Pencacai kerja Bodoh tanda hayat UMNO tak lama!!

    ReplyDelete
  2. Boleh percaya ke kat Pak Tongkol Tongong ni? Apa komen menteti KDN ? Bukti gred A dah banyak tu.

    ReplyDelete
  3. Jamal Tongkol ni budak suruhan orang atasan, kalau tidak mamat ni tak berani buat kecoh..makan dedak beb..

    ReplyDelete
  4. betul ke siasat? pastu sejuk..paling kuat pun..sampai kat AG..masuk tong sampah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com