innity

pages

Friday, October 7, 2016

[SEJARAH TERCIPTA] BN Johor hilang majoriti dua pertiga selepas ADUN Jorak KELUAR UMNO masuk BERSATU

BN Johor telah kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Shahruddin Salleh meninggalkan Umno.
Ini merupakan kali pertama kubu kuat Umno itu ditadbir tanpa majoriti dua pertiga, kata Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan.
"Komposisi ADUN di Dewan Undangan Negeri Johor kini berubah selepas kenyataan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddn Yassin semalam mengenai pelantikan Datuk Sharuddin sebagai setiausaha agung," katanya dalam satu kenyataan hari in.
Katanya, ekoran penyertaan bekas naib ketua Umno Pagoh itu dalam BERSATU, berdasarkan perlembagaan Umno, keahlian beliau dalam parti itu secara automatik telah gugur.
"Ini bermakna ADUN dari BN Johor telah berkurang dari 38 kepada 37, manakala barisan pembangkang bertambah dari 18 kepada 19 ADUN di Johor," katanya.
Implikasi utamanya ialah BN tidak lagi boleh meminda undang-undang Johor.
Beliau menjangkakan akan ada beberapa lagi ADUN Johor daripada Umno yang akan turut meninggalkan parti itu sebelum pembubaran DUN.
Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan Shahruddin menyertai pembangkang, dan berkata beliau berharap mereka dapat bersama-sama mengembleng tenaga untuk menewaskan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang.

6 comments:

  1. Masalahnya org UMNO susah nak dipercayai, mudah paling tadah. Jenis tak tahan ujian. Rakyat memerhatikan mrk.
    Adakah kerana imbuhan dan tawaran jwtn? Hanya Allah mengetahuinya dan masa akan menentukannya.

    ReplyDelete
  2. Baguslah kalau betul begitu. PRU akan datang nanti rakyat boleh memilih.

    ReplyDelete
  3. Yang nyata adalah kerana Lanun Bugis Mappadulung Mentimon Sambal Belacam Marangprabu Kebunden Barang Sekeper.

    Kahkahkah

    ReplyDelete
  4. negara kita kan demokrasi. sukahati dioranglah nak masuk parti mana. xsalah pun.yg kita sakit hati buat hapa

    ReplyDelete
  5. negara kita demokrasi, sukahati diorang la nak masuk parti mana.xsalah pun. yg kita sibuk buat apa

    ReplyDelete
  6. negara kita kan demokrasi.sukahati diorang la nak masuk parti mana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com