innity

pages

Friday, October 28, 2016

Saya Tak Tahu Khairuddin Keluar Parti - Tun M


Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak tahu menahu mengenai tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan beliau sendiri.
"Saya tak tahu dia kata dia keluar. Saya tak tahu, saya belum dengar lagi," kata Pengerusi PPBM itu ketika ditanya pemberita mengenai 'orang kuatnya' meninggalkan parti itu, berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku 'Stealth: The New War Machine' dan 'From Beirut to Jerusalem (versi Mandarin), masing-masing merupakan tulisan Profesor Hans Husum dan Dr Ang Swee Chai di Yayasan Al Bukhary di sini, Jumaat.
Ditanya adakah beliau terkejut dengan berita berkenaan, Dr Mahathir hanya berkata, beliau akan merujuk perkara itu dengan Khairuddin.
"Tak tahulah... benda (berita) tu betul ke tak. Saya kena cakap dengan Datuk Seri Khairuddin sendiri," ujar mantan Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun Khairuddin tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan sama ada keputusan meninggalkan parti itu dimaklumkan atau tidak kepada Dr Mahathir.
Menurut Khairuddin dalam satu kenyataan pada Khamis, keputusan itu terpaksa dibuat sebagai persediaannya untuk menghadapi beberapa kes di mahkamah.
"Saya perlu memberi fokus secara sepenuh masa bagi menghadapi beberapa perbicaraan penting untuk melawan segala bentuk kemungkaran korupsi dan salah laku institusi-institusi kerajaan.
"Segala jemputan dan program ceramah di seluruh negara insyaAllah saya akan hadiri atas kapasiti peribadi dan bukan di atas platform ahli Bersatu (PPBM) lagi," katanya.
Awal Ogos lalu mStar Online pernah mengeluarkan kenyataan Khairuddin berhubung pendiriannya untuk tidak menyertai PPBM yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden.
Bagaimanapun Khairuddin memaklumkan bahawa beliau mengambil keputusan menyertai PPBM pada September lalu sebagai tanda sokongan kepada Dr Mahathir yang bertindak sebagai pengerusi parti berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com