innity

pages

Tuesday, October 4, 2016

Saya dipecat bukan keluar Umno,' Mukhriz jawab Annuar


Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengingatkan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa bahawa beliau tidak meninggalkan Umno sebaliknya dipecat daripada parti itu.
Mukhriz mengulas kenyatan Annuar semalam yang mengalu-alukan pernyertaan semula beliau ke dalam Umno sekiranya bercita-cita menjadi perdana menteri seterusnya.
"Saya pun tak tahulah nak tergelak atau terkejut dengan kenyataan itu. Saya dipecat, bukan saya keluar Umno," kata Mukhriz dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kuala Lumpur hari ini.
Annuar semalam dilapor memberitahu pemberita bahawa veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pernah keluar parti untuk menubuhkan parti Semangat 46, namun kemudiannya menyertai semula Umno.
Mukhriz berkata presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah menawarkannya jawatan timbalan menteri sebagai pertukaran kepada menteri besar Kedah.
"PPBM (BESATU) bukan sebuah parti sementara yang kononnya akan kembali ke pangkuan Umno seperti mana berlaku dalam parti-parti sebelum ini.
"Kami kekal di sini, masa Umno sudah tamat. (Kami) akan ganti peranan yang dipegang Umno sebelum ini," tegas Mukhriz.
Dalam perkembangan lain Mukhriz ditanya mengenai jawatan timbalan presiden BERSATU yang masih kosong.
Naib Presiden protem BERSATU berkata perkara itu masih dibincangkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Sekarang ni bila (BERSATU) dah ditubuhkan, jawatan ini dipilih melalui pemilihan. ROS faham pilihan raya (pemilihan parti) tak perlu disegerakan. Mungkin tak boleh diisi, ini yang nak kita dapat pengesahan ROS," katanya
Sementara itu, berhubung penubuhan parti berasaskan Sabah oleh bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Mukhriz berkata BERSATU secara prinsip bersetuju dengan parti yang mahu menjatuhkan Umno.
"Respon (dari) rakyat sabah, beliau (Shafie) mempunyai kekuatan sendiri dalam menggoyang kedudukan Umno di Sabah, (dan ini) satu perkembangan menarik. Boleh jadi satu faktor kemenangan bagi gagasan parti-parti yang menentang Umno.
"Secara prinsip kami memang setuju dengan adanya sebuah parti yang boleh menyumbang kepada tumbangnya Umno BN," katanya.
Baru-baru ini beberapa ADUN Pakatan Harapan mengumumkan keluar parti bagi menyertai parti berasaskan Sabah.
Walaupun mereka tidak menyebut mengenai parti tempatan yang akan disertai, ia dipercayai ada hubungkait dengan usaha Shafie menubuhkan parti berasaskan Sabah untuk mencabar parti pemerintah.
Sementara itu, timbalan presiden AMANAH, Salahuddin Ayub yang turut hadir dalam sidang media itu turut ditanya mengenai usaha presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin rapat dengan PAS.
Salahuddin berkata AMANAH tidak mempunyai masalah berhubung perkara itu dan tidak pernah menganggap PAS sebagai musuh.
"Bagi saya, Muhyiddin boleh mengadakan hubungan dengan sesiapa sahaja. AMANAH juga beri komitmen, kita komited untuk lihat pertandingan satu lawan satu," katanya.
Muhyiddin Sabtu lalu menyampaikan ceramah di pentas PAS di Kemaman, Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com