innity

pages

Monday, October 10, 2016

'Saya Didenda RM9.40 Kerana Duduk Terlalu Lama Di RnR'


GURUN - Seorang lelaki mendakwa dia telah dikenakan bayaran tambahan oleh pihak Lebuhraya PLUS kerana berada di hentian Rawat dan Rehat (RnR) terlalu lama. 

Damar Wulan, memuat naik status ketidakpuasan hatinya itu di media sosial semalam berkata, beliau masuk ke lebuh raya PLUS melalui Gurun dan berhenti seketika di RnR Gurun untuk tidur kerana keletihan selama setengah jam selepas menghantar rakannya. Namun setelah menyambung perjalanan pulang dan tiba di Tol Pendang, beliau dikehendaki membayar sebanyak RM9.40 (RM6.40 denda).

"Saya didenda RM9.40. Bayaran tol sahaja RM3.00 tetapi dicaj sehingga RM9.40 ketika sampai di Tol Pendang, di mana caj tambahan itu dikenakan kerana duduk di RnR melebihi 1 jam 50 minit. Gila ke apa ini? Tak boleh duduk lama di RnR?" katanya. 

Menurut Damar, pihak PLUS memberikan alasan bahawa mereka mengesyaki jika duduk lama di RnR ada unsur penipuan dilakukan oleh pengguna lebuh raya.

Difahamkan Damar telah menghubungi pihak PLUS melalui talian khidmat penggunanya nampak gagal mendapat sebarang jawapan yang memuaskan hatinya. 

"Saya memaklumkan bahawa saya letih dan tidur seketika di RnR, namun penyelia tol berkenaan pula menyatakan tidur tidak diiktiraf di atas lebuhraya PLUS kerana di situ tiada hotel. Malah, pengguna kena akur dengan sistem yang telah dibuat." katanya.

Justeru, beliau mempersoalkan jika peraturan seperti itu dilaksanakan, mengapa pihak PLUS tidak meletakkan papan di 'Tidak dibenarkan berehat melebihi 1.5 jam' di RnR Gurun.


21 Januari 2005, difahamkan PLUS pernah mengeluarkan kenyataan akhbar di mana pihaknya akan mengambil tindakan denda terhadap pengguna yang menggunakan lebuhraya mereka bagi tempoh yang terlalu lama dan tidak munasabah. Tindakan itu diambil bertujuan membendung kegiatan penyelewangan tol di kalangan pelanggan dan menjamin integriti kutipan tol demi menjaga kepentingan syarikat. 

Dalam satu insiden sebagai contoh, seorang pengguna didenda RM10 apabila berada melebihi dua jam dari tol Jelapang ke Kuala kangsar. Semoga menjadi peringatan kepada pengguna lebuhraya yang lain.

Bagaimanapun, pada 16 Mac 2005, Menteri Kerja Raya pada ketika itu, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, PLUS dilarang melaksanakan denda tersebut sehingga pindaan undang-undang berkaitan dilakukan, lapor Utusan Malaysia.  - The Reporter

8 comments:

  1. Ros jib makan duit ni
    Kalau rakyat tak bersatu gancurkan umno bn
    Malapetakalah malaysia
    Keris pahang

    ReplyDelete
  2. Sabar DS Najib dan Kak Mah. Kebenaran akan terserlah. Kebatilan akan terhumban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Dialog filem allahyarham P.Ramlee)

      Jibo marah wak saber....

      Jibo samun 1MDB rakyat dan Satu Dunia kejer...

      Kahkahkahkah....

      Delete
  3. Sabar DS Najib dan Kak Mah. Kebenaran akan terserlah. Kebatilan akan terhumban.

    ReplyDelete
  4. Adakah pengguna ini terfikir bahawa dia telah membolot kemudahan berehat ini daripada pengguna lain yg juga letih sepertinya. Kalau semua pemandu yg singgah berihat lebih drp satu jam ada ke lagi parking untuk orang lain kerana dalam masa satu jam itu berapa banyak kereta yg akan singgah disitu. Dia hanya fikir bahaya kepada dirnya sendiri tanpa memifirkan orang lain juga perlu berehat sepertinya.

    ReplyDelete
  5. Denda rakyat untuk cover penyekewangan Lanun Bugis termasyhor didunia!!

    Satu penindasan!!

    Rakyat BERSSTU membentras kezaliman!!

    ReplyDelete
  6. Sistem bercelaru sbb pemimpinnya sibuk ngira duit je. Semua berapa masyuk. Nefara dah nak hancur pun dia asyik naik buaian duit.

    ReplyDelete
  7. jawapan sebenarnya kad transit tu takde maklumat plaza tol masuk (M 999)... salah jawapan drp staf PLUS puncanya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com