innity

pages

Friday, October 21, 2016

[SALAM JUMAAT] Saya Terpaksa Kritik Mufti kerana sudah tidak tahan lagi


oleh: Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

Mufti Perlu Hentikan Segera Kritik Institusi Agama Di Depan Khalayak
(Merujuk kepada kritikan Dr Maza, mufti Perlis terhadap Jakim)


1) Seingat saya, belum pernah lagi saya mengkritik seseorang ustaz secara spesifik di FB, inikan pula seorang mufti. Tetapi inilah kali pertama saya lakukan kerana sudah tidak tertahan lagi. Saya harap inilah kali terakhir saya gunakan kaedah ini.

2) Tabiat mufti ini yang suka mengkritik secara terbuka institusi agama Islam, sudah lama diperhatikan, sedangkan sebagai seorang mufti beliau mempunyai saluran langsung yang sentiasa terbuka luas, melalui mesyuarat, muzakarah dan sebagainya, bahkan perhubungan peribadi secara langsung.

3) Tindakan seseorang mufti mengkritik secara terbuka institusi agama sudah tentu lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Selain memecah belahkan masyarakat, ia juga secara tidak langsung mendidik anak muda bersikap kurang ajar dengan institusi agama dan para ulama. Berfikiran kritis tidak semestinya perlu mengkritik secara terbuka.

4) Seseorang mufti seharus tahu dan faham tentang topik النظر إلى المآلات , yang menuntutnya memikirkan akibat daripada pendapatnya yang diluah secara umum ke atas pemikiran dan tingkah laku masyarakat. Kelihatan seperti mufti pun turut terkesan secara negatif dengan kewujudan media sosial sehingga tidak dapat mendisiplinkan diri.

5) Saya tidak nampak sebab yang menghalang mana-mana pihak menerima nasihat dan hujah yang baik dan benar, kecuali sikap dan tindakan yang kurang beradab dan tidak menghormati pihak lain. Di semua negeri terdapat alim dan ulama, maka hormatilah sesama alim ulama, agar ia menjadi contoh teladan kepada masyarakat awam.

6) Kesan paling bahaya akibat tindakan mufti yang mengkritik institusi agama secara publik ini ialah membesarkan lagi arus pemikiran liberal yang sememangnya mahu menghapuskan terus institusi agama di negara ini. Fahaman liberal mahukan agama menjadi hal peribadi semata-mata.

Syura atau berbincang dan berunding merupakan perkara asas dan mendasar di sisi agama Islam yang indah ini. Jangan rosakkan keindahan agama ini semata-mata kerana mudahnya menerbitkan pandangan di FB.

Islam bukan sekadar hukum hakam, tetapi ia juga ialah mengenai adab sopan.

Sebarang perbezaan pendapat dalam urusan umat Islam hendaklah dibawa berbincang sesama umat Islam dan tidak perlu libatkan orang lain, bersesuaian dengan firman Allah Taala dalam Surah Syura ayat ke 38:
“dan urusan mereka (umat Islam adalah melalui) syura sesama mereka”


Oleh : Dr. Hapiz Kodiang


Kaedah العبرة بالمقاصد و المعاني لا بالألفاظ و المباني dalam hukum kepenggunaan Islam dan Signifikan Nama!

Menurut jumhur ulama, hukum asal penggunaan sumber alam ialah harus (الاباحة) selagi ianya bermanfaat, berguna dan tiada bukti2 jelas akan kemudaratannya... Kehalalan semua sumber dinyatakan dalam nas yg mutlak (كلوا من طيبات ما رزقناكم ) manakala yg haram dinyatakan secara ditil satu persatu (انما حرم عليكم الميتة و الدم ولحم الخنزير...). Sifat sumber halal ialah al-tayyibat (bersih, suci, berkhasiat) manakala sifat haram ialah al-khabaa'ith (kotor, najis, keji dan mudarat)... maka daripada asas2 inilah (termasuk asas2 dlm muamalat dll) dirumuskan kaedah di atas bermaksud "iktibar diambilkira berdasarkan objektif dan makna bukannya sebutan dan binaan luaran"...

Berdasarkan kaedah ini, yg dikatakan halal ialah apa sahaja yg bersih dan suci pada bahan asas, sumber mentah, peralatan memasak, penyimpanan dan seluruh rantaian penghasilannya. Ia dianggap halal dari segi asasnya walaupun dinamakan dengan nama2 yg zahirnya tidak halal atau mengelirukan... Pada dasarnya halal dan boleh dimakan!!!

Akan tetapi penggunaan nama tidak molek dan meragukan amat tidaklah sesuai digunakan... Nabi saw pun pernah menukarkan nama2 tidak molek para sahabatnya kpd gelaran2 yg baik wp peribadi sahabat itu memang baik selalu (wp tidak ditukar nama)... Sebab itu orang arab banyak guna laqab dan kunyah elok2... ia satu محاسن العادة kerana nama boleh menggambarkan zat... persepsi yg baik harus bermula dgn nama terlebih dahulu....

Dalam fatwa, org bertanyakan Imam Malik apakah hukum memakan khinzir al-bahr (porpoise-spesis ikan lumba2).Mengikut mazhab Malikiyyah, Hanafiyyah, Syafiiyyah dan Hanabilah, umumnya haiwan laut halal dimakan. Imam Malik kata aku menjauhinya tapi ia bukanlah haram!.. Para ashabnya berkata bukankah haiwan laut halal?.. Beliau menjawab, siapa suruh kamu panggil khinzir (babi)??... Walhal ia adalah dolphin bukannya babi... ini kerana Imam Malik menjaga kewarakannya.. beliau menjauhi apa sahaja yg dipalitkan dengan benda2 haram (dlm hal ini nama babi) termasuk nama... krn ia menimbulkan keraguan org ramai... Bagi org jahil, mereka akan kata Imam Malik makan 'babi'... Kebodohan dan sikap tidak bertabayyun manusia sukar diperbetulkan... Inilah pendirian Imam malik.

Dalam hal ini, JAKIM memainkan peranan terpuji untuk pastikan industri makanan halal domestik terjamin sepenuhnya.... Banyak yg memohon sijil ialah syarikat2 besar bukan Islam utk menerobos pasaran. Manakala yg kaki melantak sampai lupa daratan ialah org Melayu-Islam... Puak2 ni akan mentekedarah apa saja yg dijual. Apabila berlaku penipuan produk halal, Jakim juga dipersalahkan... Maka sebab itu, syarat diperketatkan termasuk nama2 juga mestilah 'halal'... Apatah lagi produk2 yg berlambak di pasaran seperti MacD, KFC, Pizza, Big Apple, Dunkin doughnut termasuk Aunty Anne hanya makanan mewah (tahsiniyyat) sahaja... Ia perlu diperketatkan ...

Adapun segelintir pihak yg cuba mempersendakan JAKIM dalam hal ini, saya tidak tahu kebodohan apakah yg melanda IQ mereka?? Sementara ada standard halal dibuat oleh institusi Islam dan ianya dipatuhi oleh org bukan Islam... tiba2 datang segelintir 'ulama' memberikan peluru hidup kpd org jahil utk mempertikai standard yg ada... alangkah malangnya Islam mempunyai org seperti ini!!!..
الله المستعان

11 comments:

  1. Hampeh!!! Sibuk bercerita tentang perpaduan, jahil, mufti, babi, mentekedarah, makanan halal haram.

    Tu pemimpin menyamun wang rakyat tak nak citer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tu suka sgt makan babi ke. nak menyamun ni jd rakyat biasa pun boleh menyamun. yg kecik samun kecil2an, yg besar samun besar2an. ni la masalah kalo byk sgt rakyat benak. org citer hukum babi dia pi citer pasal samun. otak penuh semak samun agaknya.

      jentayu

      Delete
    2. Dari kecik ko mentekadarah cucur badak dengan cucur kodok tu pejadah? Ustaz mende ko ni? Sape yg jahil?

      Delete
    3. well said ustaz..syukran

      Delete
    4. isunya bukan tahi itik cucur badak tapi isunya cepatnya melatah orang2 islam dan tergesa-gesanya mereka MENYERANG, MEMAKI, MEMERLI, MENGHINA jika yang dilihat bersalah itu orang Islam atau jabatan yg mengjaga Islam. kenapa mudah melayu itu begitu terpengaruh dengan media bukan Islam, sedangkan tidak ada kedangan suara mereka bila ada cadangan puak liberal untuk menukar solat Jumaat kepada hari sabtu

      Delete
  2. Agamawan2 sedang 'merelevan' kan mereka.Org2 melayu bodoh jd senang mereka kawal.Rasuah,samun,rempit,dadah ponteng kerja tak pa.

    ReplyDelete
  3. isunya bukan tahi itik cucur badak tapi isunya cepatnya melatah orang2 islam dan tergesa-gesanya mereka MENYERANG, MEMAKI, MEMERLI, MENGHINA jika yang dilihat bersalah itu orang Islam atau jabatan yg mengjaga Islam. kenapa mudah melayu itu begitu terpengaruh dengan media bukan Islam, sedangkan tidak ada kedangan suara mereka bila ada cadangan puak liberal untuk menukar solat Jumaat kepada hari sabtu

    ReplyDelete
  4. Kuih Tahi Itik, Kuih Bugis Mandi atau Cucur Kodok adalah istilah colloquial, bahasa lazim yang diketahui umum merujuk kepada makanan khusus masyarakat setempat. Tidak ada ambiguiti atau kekaburan atau kepelbagaian maksud. Istilah-istilah ini bukan jenama, bukan PRODUK yang boleh dikelirukan dengan produk lain yang tidak halal.
    Berbeza dengan istilah ‘hotdog’ atau ‘beer’. Sepertimana disebut dalam syarat pensijilan, istilah-istilah seperti ini SINONIM dengan PRODUK lain yang tidak halal.

    ReplyDelete
  5. Aspek sensitiviti sosiolinguistik masyarakat majoriti di negara ini juga perlu diambilkira. Adalah janggal sekiranya diiktiraf halal makanan dengan signifier (kata rujukan) taboo ‘dog’. Atau signifier ‘beer’ yang secara umumnya difahami sebagai minuman haram.

    ReplyDelete
  6. elok rebus buat inti atau sosej pas tu taruh dlm hotdog saja mufti mcm ni...

    ReplyDelete
  7. Aku rasa dlm hal ni yg tidak beradab dan tidak hormat org lain adalah jakim sendiri. Ada ka patut dia nak samakan roti tu dgn anjing. Org bukan islam pun bole terasa kalau guna alasan mcm tu.
    Ustaz kodiang ni pun setuju bahawan makanan tu masih halal. Dah tu pasai apa yg tergesa2 sgt nk tarik sijil halal tu. Pi teguq suruh tukar nama ja dah la. Buat leceh org islam ja la ustaz mcm ni. Memang patut kena teguq terang2. Apa mufti x layak ka nak teguq benda2 yg dirasakan kurang sesuai?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com