innity

pages

Sunday, October 9, 2016

[RASUAH MEGA SABAH] Jangan tergesa-gesa tuduh saya, hormatlah SPRM - Shafie Apdal


Bekas menteri Umno, Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan kalangan mereka yang menuding jari kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa tempoh beliau menerajuinya berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan peruntukan persekutuan untuk Jabatan Air Sabah bernilai RM3.3 bilion.
"Ia agak membingungkan dan melucukan bahawa pihak berkuasa negeri berada dalam tergesa-gesa untuk mengaku mereka tidak bersalah kepada umum dan mengalihkan kesalahan itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah apabila siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berterusan.
"Membuat kenyataan kepada umum seperti itu seolah-olah menunjukkan bahawa pihak berkuasa negeri tidak menghormati dan tidak yakin terhadap proses siasatan oleh SPRM," ujar Shafie dalam kenyataan, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengenai projek berjumlah RM3.3 bilion itu susulan tangkapan beberapa dua pegawai kanan kerajaan negeri atas dakwaan rasuah.
"Ia menunjukkan projek ini telah dianugerahkan pada tahun 2010, sepanjang tempoh saya sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ia juga menunjukkan bahawa projek tidak dikendalikan oleh kementerian," tambah Shafie.
Pairin juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini kerana saya percaya kita tidak boleh mengganggu atau dilihat untuk mengganggu siasatan yang sedang berjalan dengan membuat kenyataan umum dan rayuan tidak bersalah bagi memastikan integriti siasatan oleh SPRM tidak terjejas," kata Shafie. - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com