innity

pages

Saturday, October 8, 2016

RASUAH MEGA RM115 JUTA DI SABAH: RM60 masuk poket individu untuk setiap RM100 peruntukan kerajaan


Sangat mengejutkan apabila 60 sen bagi setiap RM1 atau RM60 bagi setiap RM100 yang diperuntukkan kerajaan Pusat bagi projek air telah dimasukkan ke poket individu yang tidak bertanggungjawab.
Menerusi sumber Pegawai kanan kerajaan negeri itu, hanya 40 peratus daripada dana menyalurkan kemudahan air di Sabah diterima, manakala selebihnya disalahguna.
Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Tahir Ag Talib, 54 dan timbalannya, Teo Chee Kong, 52 melibatkan rampasan mencecah RM115 juta termasuk wang tunai RM52 juta yang ditemui di kediaman dan pejabat.
Dua lagi melibatkan abang Chee Kong yang berusia 55 tahun dan bergelar Datuk serta akauntan turut ditahanbaru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan sebanyak 38 syarikat milik keluarga dan rakan kedua-dua suspek terlibat.
Difahamkan, 17 syarikat mempunyai kaitan langsung dengan pengarah jabatan itu, manakala 21 lagi timbalannya.
Modus operadi yang dilakukan adalah dengan memecahkan projek kepada pakej kecil sehingga RM100,000 bagi mengelak proses tender. 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com