innity

pages

Thursday, October 6, 2016

[RAMAI TANYA] Kenapa Simpan DUIT CASH BERJUTA RINGGIT DI RUMAH? sebab CASH is KING

Kenapa kita pegang cash sedangkan ni zaman wire transfer, online transfer, cashless transactions? Supaya senang disburse tanpa jejak.
"Bos. Saya nak buat event. Orang datang dapat seorang RM100. Then kita derma 10 buah jentera pertanian total RM100k"
"Nah, ambik RM200k"
Kalau event ni guna prosedur biasa, nak kena 3 sebut harga, purchase order bagai. Kemudian kena proses delivery order, invoice. Lambat!
Bila guna cash transactions, semua ni tak ada jejak. Yang tahu cuma person yang disburse cash. Yang belanja cash memang joli katak.
Contohnya dia dapat cash RM200k. Harga jentera pertanian cuma RM50k, tapi dia cakap kat bos RM100k. So dia buat untung RM50k. Balance untuk event logistics cuma RM20k. Campur dengan untung mark-up pembelian jentera pertanian tadi, mamat tu buat untung RM130k. Bos tutup mata sebab dia pun songlap.
That's why my friends... ada orang kata dalam politik ni 'cash is king'. Sebab itu juga ramai berlumba lumba nak jawatan penting dalam parti.
Bila pegang jawatan penting dalam parti politik, kita ada peluang pegang duit. Cash. Tunai. Dan kita boleh buat untung dari situ.
Secara teknikal semua dana parti politik harus masuk akaun bank rasmi. Tapi untuk keluarkan, banyak paperwork dan proposal kena bentang.
Lebih senang kalau sejumlah dana politik masuk dalam akaun peribadi seseorang. Senang. Kau nak duit? Meh cium tangan aku. Nah RM100k.
Budaya duit ini juga mengundang ketaksuban. Kena protect pemimpin yang pegang duit. Kalau dia jatuh, habislah sumber kewangan.
Posting ini hanya CONTOH bagaimana cash selalunya dibahagikan dalam parti politik. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Gambar pun sekadar hiasan (2016)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com