innity

pages

Saturday, October 8, 2016

Rafizi dakwa Najib CIPLAK idea bila Hapuskan Cukai Eksais Kereta dalam Bajet 2017


Saya maafkan semua yang memaki hamun saya selama bertahun-tahun kerana pekat sayang Najib Razak dan tuduh saya #bodoh dan bermacam-macam lagi bila saya mulakan kempen Turunkan Harga Kereta Sekarang saya patut tuntut royalti dari Najib Razak kerana menciplak lagi. "Share" dan "Like" sebanyak mungkin supaya gesaan saya di bawah diciplak juga untuk belanjawan akan datang.

8 OKTOBER 2016
NAJIB CIPLAK LAGI: CUKAI EKSAIS DIHAPUS BAGI KERETA PERTAMA UNTUK ORANG MUDA

Saya merujuk kepada laporan Sinar Harian Online hari ini bertajuk “Beli Kereta Tanpa Cukai Eksais” http://www.sinarharian.com.my/…/beli-kereta-tanpa-cukai-eks… mengenai berita tidak rasmi Belanjawan 2017 akan mengecualikan cukai eksais ke atas pembelian kereta pertama enjin bersaiz kecil.

Saya mula menggerakkan kempen #turunhargakereta sejak tahun 2012. Dari awal saya mengkritik tindakan Umno/Barisan Nasional mengenakan cukai di antara 80% hingga 100% ke atas kereta yang dibeli rakyat biasa sehingga menjadikan kereta di Malaysia secara relatifnya antara yang termahal di dunia. Harga kereta yang mahal dan ditambah pula kegagalan kerajaan persekutuan menyediakan sistem pengangkutan awam yang baik menyebabkan sebahagian besar keluarga terpaksa berhutang dengan bank; kadang-kadang sehingga mencecah 9 tahun.

Sepanjang saya berkempen agar cukai eksais dihapuskan sejak tahun 2012, tidak pernah sekali pun menteri-menteri Umno atau Barisan Nasional mengakui bahawa hujah yang saya bawa itu ada benarnya. Malah, mereka menuduh dan menyerang saya dengan pelbagai panggilan. Akhbar-akhbar mereka berterusan melaporkan bahawa Pakatan Rakyat (hasil dari cadangan saya untuk menghapuskan cukai eksais agar #turunhargakereta) akan memufliskan negara, seperti laporan Utusan Malaysia yang saya sertakan dalam grafik di bawah.

Tetapi dalam senyap-senyap Dato’ Seri Najib Tun Razak meniru dasar yang kami bawa.

Dalam manifesto Barisan Nasional memasuki PRU13, Dato’ Seri Najib berjanji akan menurunkan harga kereta sehinga 30% secara berperingkat-peringkat. Pada masa mereka menyerang cadangan saya, mereka menciplak cadangan saya.

Kali ini, jika benar cukai eksais akan dihapuskan bagi kelas enjin bersaiz kecil yang digunakan kebanyakannya oleh model kereta-kereta Proton – sekali lagi Dato’ Seri Najib menciplak cadangan saya tetapi tidak mahu mengaku.

Apa yang saya kesalkan ialah keengganan Dato’ Seri Najib mendepankan rakyat dan berhenti mempolitikkan idea-idea bernas yang diberikan Pakatan Harapan. Beliau dan Jemaah menteri tahu bahawa cadangan saya untuk menghapuskan cukai eksais adalah baik untuk rakyat dan baik untuk ekonomi negara. Akibat bongkaknya mereka, cadangan ini tidak dilaksanakan lebih cepat iaitu dalam tahun 2012 pada masa saya mula-mula mencadangkannya; sebaliknya hanya dilaksanakan 5 tahun kemudian iaitu 2017.

Di antara 2012 hingga 2017, ratusan ribu rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang yang lebih gara-gara Dato’ Seri Najib bongkak tidak mahu menerima idea yang dibawa oleh orang lain.

Pesan saya kepada Dato’ Seri Najib – jika mahu menciplak, maka ciplaklah sepenuhnya dan bukan sebahagian sahaja.

Maka, saya mendesak supaya penghapusan cukai eksais dilaksanakan kepada semua kenderaan persendirian kecuali kenderaan mewah. Penghapusan cukai eksais tidak boleh diberikan mengikut saiz enjin kereta kerana ada kereta MPV yang saiz enjinnya lebih besar tetapi digunakan oleh keluarga berpendapatan rendah, berbanding ada kereta mewah yang saiz enjinnya kecil tetapi hanya mampu dimiliki golongan berada.

Penghapusan cukai eksais juga perlu diberikan kepada motosikal kecuali motosikal berenjin besar yang dikategorikan sebagai motosikal mewah (Rujuk tulisan saya mengenai penghapusan cukai eksais ke atas motosikal dihttp://rafiziramli.com/…/penghapusan-cukai-eksais-meliputi…/)

Sementara saya mendapat kepuasan kerana 5 tahun selepas saya mula-mula memperjuangkan penghapusan cukai eksais ia mula berlaku, saya juga berharap ia bukan tindakan tersepit yang bersifat sementara kerana sekarang ini penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib yang sangat rendah.

Oleh sebab itu, Dato’ Seri Najib mestilah menghapuskan cukai eksais ke atas semua kenderaan persendirian kecuali kenderaan-kenderaan mewah. Saya juga menuntut supaya beliau menarik balik tuduhan-tuduhan sebelum ini bahawa cadangan saya itu akan memufliskan negara kerana beliau sendiri yang menciplak idea tersebut.

Untuk mengikuti kembali fakta-fakta dan hujah-hujah kenapa cukai eksais perlu dihapuskan, lawati arkib penulisan saya di bitly.com/turunhargakereta.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 

AHLI PARLIMEN PANDAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com