innity

pages

Saturday, October 15, 2016

[PULUH RIBU HADIR] Fenomena BERSATU di Kelantan, UMNO Gusar, PAS berbelah bahagi

Politik Kelantan akan bergegar lagi apabila Tun Dr Mahathir Mohamad bergabung dengan tokoh politik Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Zaid Ibrahim dan juga Datuk Rosli Ibrahim dalam program ceramah di Kota Bharu.
Buat pertama kalinya, Dr Mahathir akan berceramah satu pentas dengan Husam, kerana ketika bekas perdana menteri itu berucap di Padang Majlis Daerah Kota Bharu di Ketereh sebelum ini, Husam tidak dibenarkan bersama.
Ia merupakan syarat kerajaan negeri PAS jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu meneruskan majlis itu di padang milik kerajaan negeri.
husamZaid, yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, merupakan tokoh di belakang program ini.
Melalui sebuah NGO, beliau menganjurkan ceramah menghimpunkan tokoh pembangkang Kelantan bersama Dr Mahathir untuk sama-sama memberikan harapan kepada rakyat negeri itu yang mereka boleh menang melawan PAS.
“Kita bukan mahu menang Malaysia sahaja tetapi kita mahu menang Kelantan juga. Kita nak sapu bersih dan membawa era baru di Kelantan,” kata Zaid kepada FMT, menyokong gelombang yang dibawa Husam ke Kelantan.
Jika menang pusat dan Kelantan, kata Zaid, rakyat negeri pantai timur itu paling untung kerana Dr Mahathir sebelum ini sudah berjanji memberikan royalti minyak untuk Kelantan yang tidak pernah diperolehi sebelum ini.
Sejak menyertai Amanah 30 Ogos lepas, Husam menggempur Kelantan habis-habisan.
Dua hari lalu, beliau menubuhkan 22 cawangan Amanah di Machang.
Di majlis pengumuman kemasukan ahli baharu ke dalam Amanah di Cyberjaya, Husam secara peribadi meminta izin rakyat Kelantan agar Amanah mengambil alih negeri Kelantan daripada PAS bagi mengelakkannya jatuh ke tangan Umno dalam pilihan raya umum nanti.
Husam yakin, Amanah akan mendapat sokongan paling tinggi di negeri itu walaupun jika berlaku pertandingan 3 penjuru dengan PAS dan BN.
Berucap di Gopeng beberapa hari lepas, Husam secara khusus memohon agar Amanah Kelantan diberikan hak autonomi untuk bertanding 3 penjuru melawan PAS dan BN, ketika rakan-rakan Amanah yang lain mahu pertandingan satu lawan satu dengan BN.
“Kita minta supaya Kelantan diberikan hak autonomi untuk bertanding tiga penjuru,” kata Husam yang berucap selepas 2 wakil PKR yang mahukan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dengan BN.
Bagi Husam, Amanah dan rakan-rakannya tidak boleh bekerjasama dengan parti yang terbukti tidak sesuai dan tidak mengutamakan rakyat dalam pentadbirannya.
“Kita tidak perlu memikul bebanan itu,” kata Husam yang menolak kerjasama dengan PAS di Kelantan





2 comments:

  1. Hahahaa ..macam ni punya crowd. Kedalam telur pahlawan bugis ni. Sorok belakang bini kalau camni. Jual cerita arwah bapak. Itulah modal pahlawan bugis

    ReplyDelete
  2. Is it any wonder si Bugis-Pirate issued a pre-recorded audio warning the rakyat ie. the Malays regarding 2 individuals splitting the malay votes into 5 fragments......judging by the crowd, it showed a momentum is gathering speed and the Pirate knew his days are numbered!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com