innity

pages

Wednesday, October 19, 2016

Polis tangkap Jamal di KLIA setibanya dari Dubai


Pemimpin gerakan ‘baju merah’ Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini dikenakan tahanan reman selama dua hari, kata penasihat undang-undang kumpulan itu, Mohd Imran Tamrin .
Imran berkata, perintah reman 48 jam berkuat kuasa pada jam 8.30 pagi ini selepas Jamal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Beliau ditahan selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung catatannya di Facebook dan juga mengenai beberapa kejadian lain," kata Imran kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.



Jamal disiasat mengikut eksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Imran tidak menolak bahawa Jamal akan turut disoal berhubung kejadian lain yang termasuk kekecohan di Sabak Bernam dua minggu lalu.
Jamal, yang akan menghabiskan dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, ditahan sebaik sahaja pulang ke negara ini.
Menurut setiausahanya, Durrany Izam, Jamal ditangkap pada kira-kira jam 8:30 pagi sebaik sahaja dia tiba dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Jamal tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 10.30 pagi dalam SUV bercermin gelap.
Walaupun digari, dia sempat melambai kepada wartawan yang menunggu di luar balai polis.
Polis sebelum ini menunggu kepulangan Jamal dari Dubai untuk merakamkan kenyataannya mengenai pertembungan antara baju merah dan konvoi BERSIH 5 di Sabak Bernam dua minggu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengumumkan polis akan menyiasat ketua Umno Sungai Besar itu berhubung posting dakwaan amaran tentang ‘rusuhan 13 Mei’ jika perhimpunan BERSIH 5 diteruskan.
Jamal, bagaimanapun, menafikan bahawa beliau di belakang posting itu, dengan mendakwa ia dibuat menggunakan akaun palsu.

1 comment:

  1. Pakcu Rantau PanjangOctober 19, 2016 at 6:28 PM

    Pakcu minta tumpang lalu sikit....

    Pakcu bukan nak komen banyak hal cerita Baju Kuning dan Baju Merah ni. Tapi kalu di biarkan berterusan berhimpun sana ,berarak sini, bertempik sana booo sini maka akan tercetus percikan bunga api yang akan melarat dan membakar emosi sehingga tak terpadam nyalanya

    Pastinya rasikonya tak terkawak lagi. Ia bagaikan bom jangka yang menunggu masa untuk meletup dari rasa dendam yang dibangkitkan hasil laungan yang dicipta dari dua perhimpunan yang berbeza pendapat. Kalau tak percaya tunggu dah lihat.

    Ia kian hampir kearah tersebut kerana "Ketuanya" dari mereka yang bukan calang-calang orang yang boleh meniup semangat yang mungkin tak terkawal seperti apa yang dikatakan dan tujuan sebenarnya..akan lari .

    Maaf jika pandangan dan ramalan Pakcu yang cetek ini tidak selari dengan buah fikiran mereka yang cerdik pandai.....Pakcu tak mahu apa yang berlaku di "Bangkok " terjadi di tanah air tercinta ini. Maaf sekali lagi dipinta..tinggalkan punca caci memcaci itulah yang membakar diri dan terjadinya perkara yang tak diingini..walahualam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com