innity

pages

Wednesday, October 12, 2016

PM lancar aplikasi ‘Najib Razak’ dekati rakyat


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan aplikasi mudah alih yang dinamakan ‘Najib Razak’ sebagai salah satu usahanya untuk lebih mendekati rakyat.
Aplikasi Najib Razak itu diwujudkan bertujuan untuk mengumpul pengumuman dan kemaskini media sosial terkini Perdana Menteri pada satu platform yang memudahkan rakyat.
Ianya dilancarkan untuk kedua-dua platform Android dan IOS dengan membawa ciri strim langsung yang membolehkan pengguna untuk menonton aktiviti dan program yang beliau sertai secara langsung.
Pendapat dan komen juga dialu-alukan kerana rakyat boleh berinteraksi dengan Perdana Menteri melalui bahagian ‘Feedback’ di dalam aplikasi itu.
“Muat turun supaya kita boleh terus berhubung!,” seru Najib telah dalam status di laman Facebooknya.
Aplikasi Najib Razak boleh dimuat turun dari Play Store Google http://bit.ly/2e6c5E9 dan Apple App Store http://apple.co/2d5Tcvj

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com