innity

pages

Sunday, October 23, 2016

[PILIHAN PENDAPATAN KEDUA] Pandu Uber: Dulu B40 kini M40


KUALA LUMPUR: Teknologi pemanduan perkongsian kenderaan, Uber jika dilihat pada satu sisi berbeza ia adalah instrumen terbaik bagi mereka yang berada dalam kelompok B40 untuk keluar dari kepompong tersebut.

Komuniti pemandu Uber, atau 'Uber partners', yang ditemui Astro AWANI mengakui, mereka mampu menjana pendapatan lebih RM3,000 walaupun hanya sebagai pemandu sambilan.

Mana tidaknya, sebelum ini rata-rata antara mereka hanya makan gaji dengan pendapatan kira-kira RM2,500.

Namun, kini mereka mampu menjadikan pendapatan mereka mencecah lebih RM5,000 sebulan.

Sekaligus, ia dilihat sebagai inisiatif yang sangat membantu meringankan beban dek kos sara hidup yang tinggi di tengah kota raya Kuala Lumpur.

Pada masa sama, mereka mampu menganjak kedudukan dalam strata ekonomi masyarakat.

Mohd Izzat Tamjuddin yang telah menjadi pemandu Uber sejak lapan bulan lalu mengakui mampu meraih antara RM500 hingga RM600 sebulan dengan hanya melakukannya secara sambilan.

"Jika saya hendak buat Uber ini saya buat pada Jumaat hingga Ahad. Saya ikut jadual di mana Isnin hingga Khamis saya boleh luangkan masa bersama keluarga dan kalau saya bawa tiga hari itu saya boleh dapat dalam RM500-RM600 secara sambilan seminggu.

"Tapi dengan syarat kita kena disiplin dan bagi komitmen penuh selain kita perlu ada sasaran apa yang ingin kita capai," katanya.


Muhammad Sukri Zakaria turut mengakui dia mampu mengurus waktu dengan lebih baik terutama masa berkualiti kepada keluarganya.

"Dalam masa satu hari sahaja saya boleh dapat hampir RM200, itu pun saya mula lambat sekitar 11.30 pagi sehingga malam.

"Itu pun ada berhenti-henti, ambil anak dekat sekolah, boleh ambil isteri dari pejabat. Jadi, kita boleh kawal masa kita, selain menilai kemampuan kita," katanya.

Walaupun ada antara mereka terpaksa menambah hutang untuk membeli kereta baharu, ia bukanlah satu bebanan apabila pendapatan yang dijana amat memberangsangkan.

Malah, ada antara mereka yang sanggup menyewa kereta dengan bayaran sekitar RM1,600 sebulan kerana percaya pulangan yang diterima berlipat-ganda.

"Ada yang sanggup menyewa kereta dengan bayaran sekitar RM400 seminggu semata-mata untuk membuat Uber sahaja.
"Bermakna dia perlu bayar dalam RM1,600 sebulan tapi dia tidak risau sebab dia tahu dia boleh menjana pendapatan yang lebih untung menampung jumlah bayaran kenderaan yang dia sewa," ujar Mohamad Shaiful Tan.

Mengulas cadangan Kerajaan yang menyarankan mereka yang berminat untuk menjadi pemandu Uber untuk membeli Proton Iriz, Mohamad Saiful berpandangan model itu hanya sesuai diguna pakai di dalam bandar dan bukan untuk perjalanan jauh terutama apabila perlu menghantar atau mengambil penumpang di lapangan terbang.

"Bagi saya yang paling sesuai sekarang Proton Saga dan Perodua Bezza sebab bonet besar. Kedua-dua itu antara yang murah dan sesuai untuk dibuat sebagai kenderaan Uber.

"Tapi kalau ada yang lebih berkemampuan lagi, gunalah Perodua Alza atau Proton Exora sebab dia lebih kepada Uber XL yang mampu bawa lebih ramai penumpang dan caj pun lebih sedikit," katanya. - astro awani

8 comments:

  1. Nk tanya, income sbg uber/grabcar halal atau tidak? Selagi pemerintah tidak menghalalkan dan meluluskan di bwh undang2 negara anda dikira sbg teksi sapu yg menutup dan mengambil hasil rezeki teksi/limo yg telah diluluskan dlm akta pengankutan jalan. Kita terlalu ghairah mencari income tambahan sehingga lupa dan buat2 tak sedar halal atau haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya, Teksi yg ada akta tapi tak mau guna meter tu kira halal ke tidak??

      Delete
    2. owh jadi maksudnya pemandu teksi sahaja lah halal pendapatannya sebab kerajaan izinkan?kalau macam tu, itu kiranya pemandu2 teksi memonopoli sesuatu bidang ekonomi sehingga pengguna/pembeli tiada alternatif lain.memonopoli ni halal ke?ko jangan kira periuk nasi ko je.itu mementingkan diri namanya.kalo orang teksi x suka uber sebab menutup periuk nasi orang teksi, sepatutnya korang tambah baik kan servis korang setanding dengan pemandu uber.orang suka langgan uber (even mahal dari teksi) pasal servis yang tepat masa dan mesra.teksi pula,maaf cakap lah,kebanyakkannya servis teruk.setiap susah nak dapatkan teksi.Tunggu teksi x sampai2.bila dah dapat teksi,driver x nak pergi tempat yg dituju sebab alasannya jem.bila ada driver teksi yang nak pergi,x nak pakai meter pula.(tolong jangan nak nafikan benda ni)..kalo dah camtu jadinya camne orang x beralih ke uber?fikir dan muhasabah diri.jangan terlampau tamak dan malas.teksi sebenarnya sangat d boleh bersaing dengan uber dalam persaingan yang sihat tapi sikap tamak dan malas rata2 orang teksi ni lah menyebabkan teksi x boleh menang.sikap kurang ajar sesetangah pemandu teksi pun bukan sekali dua kita dengar..

      Delete
    3. Bro,halal/haram is a very subjective issue. Kalau Uber/Grab nk bersaing dgn teksi, kerajaan perlu merangka akta/undang2 yg mana kereta Uber/Grab perlu dan wajib ada Logo besar masing2 dan pemandu mesti pakai uniform Uber/Grab supaya senang dikenal pasti oleh SPAD/JPJ/PDRM dan pelanggan serta majikan tempat bekerja full time supaya majikan tau yang pekerja dia buat part time bawa Uber/Grab pada waktu bekerja. Macam mana semua? setuju tak?jgn pulak terhegeh-hegeh malu bila raya blk kpg ada sticker Uber/Grab kat kereta sendiri.

      Delete
    4. buat apa perlu ada uniform dan logo besar2 utk uber/grab bro?kenapa nak disamakan teksi dengan uber/grab? mentaliti dan pemikiran ko ni masih fikir uber ni mcm prebet sapu dan perlu ditukarkan menjadi sebuah teksi..c'mon la bro, think wide n deep.kenapa nak menyusahkan benda yang dah asalany asenang?uber x sama ngn teksi bro.even dua2 bawa pessenger.najibun tu pun dh galakkan org jadi pemandu uber untuk tambah pendapatan.biarlah orang ramai nak cari rezeki lebih, yang ko nak kerajaan kacau sampai memperkenalkan uniform n logo ni pasal apa?

      Delete
    5. permit tkda maknanya teksi sapu lah tu cuma namanya glamor sikit uber/grabcar. kalau dah bawa penumpang dan mengambil upah itu dah dikira pengangkutan awam lah tp tak sah oleh kerajaan. Najib cakap mulut saja suruh rakyat buat part time tapi dia tk mengambil kira teksi sah yang sedia ada. aku setuju dgn anom 12:24 supaya diwajibkan letak sticker supaya berlaku adil pada teksi dan uber/grab.

      Delete
  2. Pemerintah songlap berbillion tu..halal ke..? Uber ialah alternatif., teksi sapu juga alternatif..selagi ada persetujuan antara pemandu dan penumpang.., rasanya tiada halangan.
    Pemerintah cuma buat peraturan..

    ReplyDelete
  3. Kebanyakan syarikat swasta mempunyai syarat dimana pekerja nya tidak boleh mempunyai pekerjaan lain .
    Sila rujuk HR dept. Majikan masing2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com